Posts

Showing posts with the label Writings

Bekalan Beras Negara Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Image
Aku Tweet maklumat yang kurang tepat mengenai bekalan beras negara dan aku berasa bertanggungjawab untuk membetulkan kembali. Bila aku cari balik root kepada maklumat ni, ayat asalnya adalah "bekalan beras di pasaran SEHARUSNYA bertahan selama 3 bulan atau sekurang-kurangnya sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bekalan makanan perlu terus ditambah agar dapat bertahan selama 6 bulan dan setahun akan datang berikutan ramalan kemelesetan ekonomi selepas pandemik. Dianggarkan bahawa seorang rakyat Malaysia akan menggunakan sekurang-kurangnya 73kg sehingga 83kg beras setahun. Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan bahawa bekalan makanan negara kita berada ditahap yang membimbangkan kerana tidak melepasi tahap sara diri beras (SSL) 100%. Negara kita hanya mensasarkan SSL sebanyak 75% sehingga 80% pada ketika ini. Jika SSL kurang daripada 100% ia menunjukkan bahawa bekalan makanan negara tidak dapat memenuhi keperluan domestik. Walau bagaimanapun, Padiberas National ...

Graduan ISM Sailang Peluang Penempatan Graduan ISMP

Image
Isu graduan Ijazah Sarjana Muda (ISM) mengisi penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) berlaku di atas autoriti pihak yang menguruskan hal-hal berkaitan penempatan guru dan bukan atas kapasiti seseorang graduan itu adalah ISM ataupun ISMP. Walau bagaimanapun, reaksi graduan ISM terhadap desakan penempatan oleh graduan ISMP dilihat berlebihan serta tidak memahami isu pokok yang mana sijil graduan ISMP itu sendiri menjadi halangan besar kepada graduan pendidikan untuk mendapatkan pekerjaan  kerana para majikan melihat bahawa graduan pendidikan cenderung untuk menunggu panggilan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP) daripada terus bekerja secara tetap dan setia kerana jaminan pekerjaan itu sendiri menjadi faktor utama. Meskipun memahami serta akur terhadap syarat pengambilan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang mensyaratkan bahawa kursus serta bidang ini tidak menjanjikan penempatan. Namun keperluan  terhadap pengambilan guru itu sendiri...

Wajarkah PPSMI 2.0

Image
PPSMI yang dilaksanakan pada tahun 2003 telah gagal dan dimansuhkan secara berperingkat bermula 2009 sehingga ia dapat dihapuskan sepenuhnya pada tahun 2015 melalui MBMMBI. Sebanyak RM 3 bilion telah dibelanjakan bagi melaksanakan PPSMI pada tahun 2003. Kajian yang dilaksanakan oleh M.Puspanathan Mayan menunjukkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kohot pertama menunjukkan penurunan gred A bagi mata pelajaran Sains iaitu sebanyak 2.0 peratus. Manakala penurunan 0.3 peratus bagi subjek Matematik. Selain itu, jurang pencapaian peperiksaan  luar bandar dan bandar juga dilihat semakin ketara selepasa dasar PPSMI dilaksanakan. Faktor ini dikaitkan dengan kekurangan sumber serta kepakaran guru luar bandar.  Kajian juga mendapati bahawa guru tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sewaktu mengajar dan lebih cenderung menggunakan dwibahasa. Malahan kedudukan Malaysia di dalam laporan Trens in Mathematics Science Study (TIMSS) dan Progra...

Mahatma Ghandi

Image
Mahatma Ghandi atau nama sebenarnya Mohandas Karamchand Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Barat Laut India yang terletak di Porbandar. Beliau berasal daripada keluarga yang elit dimana bapanya bekerja dengan kerajaan sebagai Ketua Menteri Porbandar. Manakala ibunya adalah seorang yang taat pada Tuhan dan banyak menghabiskan masa di kuil dan kerap berpuasa. Ibunya memegang etika Hindu dengan kuat dan menekanan kepada vegetarianisme, toleransi agama serta gaya hidup yang mudah dan bukan berbentuk keganasan. Keluarga Gandhi kemudiannya berhijrah ke bandar berhampiran yang bernama Rajkot. Di sana beliau telah mendapat pendidikan yang lebih baik dan diajar untuk berbahasa Inggeris. Pada usia 13 tahun, beliau telah berkahwin dengan Kasturba iaitu seorang gadis tempatan yang berusia 14 tahun. Mahatma Ghandi telah menyambung pengajiannya dalam jurusan undang-undang di London. Ketika beliau di sana, beliau telah terdedah dengan idea-idea baru dalam budaya dan masyarakat British...

5 Persiapan Temuduga DG41

Image
1.File Benda pertama sekali yang aku akan buat lepas dapat panggilan temuduga adalah settlekan file. Siapkan file ni ada banyak versi. Ikut pilihan hati nak susun yang mana. Tapi aku jenis yang simple. Aku susun ikut gaya aku.  Tips: Pastikan masa di universiti, keperluan untuk mendapatkan tiga sijil aktiviti kokurikulum adalah wajib . Sekurang-kurangnya 3 yang  tertinggi. Jangan jadi macam aku ada dua je. Walaupun, aku cakap universiti kita guna transkrip kokurikulum. Dia tak layan sebab orang lain ada je tiga sijil kokurikulum.  2.File Mengajar/ RPH Wahai anak muda sekalian, sekiranya anda belum practicum lagi, sila buat file mengajar betul-betul dengan penuh semangat! Aku tak tahu sebenarnya masa interview panel nak tengok file mengajar. Kalau aku tahu sebelum practicum haritu, aku akan buat elok sikit . Kahkahkah! File mengajar ni aku dah belek-belek sebelum dapat panggilan temuduga lagi.  Pastikan refleksi tulis dengan lengkap. ...

Krisis Ekonomi Greece

Image
Kegagalan Greece dalam Memulihkan Ekonomi 1.0 Abstrak Pada akhir tahun 2009, Greece yang merupakan salah satu daripada 28 anggota Kesatuan Eropah (EU) telah menghadapi krisis ekonom. Krisis ini berpunca daripada pengurusan ekonomi yang lemah dan perbelanjaan yang tidak efisien. Sehubungan dengan itu kerajaan Greece telah meminta bantuan daripada EU dan Dana Wang Antarabangsa (IMF) bagi membantu menyelamatkan ekonomi Greece. Hasil daripada bantuan dan pinjaman tersebut ia telah digunakan untuk membiayai kos operasi awam dan membayar hutang kerajaan Greece. Walau bagaimanapun komitmen pinjaman yang diberikan serta keyakinan terhadap ekonomi dan sistem kewangan EU terus diragui. Tambahan pula, pilihan yang terbuka kepada Greece untuk memperbaiki ekonominya mempunyai risiko yang sangat tinggi. Jika masalah ekonomi yang dihadapi oleh Greece ini tidak diselesaikan maka ia boleh mengheret ekonomi Eropah ke kancah kemelesetan kerana industri pelancongan yang merupakan penyumb...

Filipina Negara Islam Yang di Murtadkan ?

Image
Islam Bertapak di Filipina Bemdera Filipina selepas berkerajaan sendiri. Islam bertapak di Filipina melalui gerakan perdagangan pada akhir abad ke-13 yang telah menjadikan Filipina sebagai tempat persinggahan oleh orang Arab untuk ke China. Selain itu, terdapat juga pendapat menyatakan bahawa orang yang bertanggungjawab membawa Islam ke Filipina ialah Syeikh Makdum yang merupakan orang daripada istana Johor. Ng Seng Ho dalam kajiannya menyatakan bahawa orang yang bertanggungjawab dalam membawa Islam ke Filipina ialah orang Bugis yang bernama Syeikh Makdum. Syeikh Makdum telah pergi ke Filipina pada suku terakhir abad ke-13 iaitu pada tahun 1275 hingga 1299 dan telah mengislamkan orang yang berada di selatan Filipina (Sulu, Pahlawan dan Mindanau). penguasaan Sepanyol. Gambaran wajah Syeikh Makdum Sepanyol pada dahulunya ialah milik kawasan kerajaan Abbasiah yang ke-2. Universiti Cardova di Sepanyol telah menjadi jambatan kepada perkembangan Islam dan juga ilmu ...

Dasar Ratthaniyom: Pemberontakan Masyarakat Islam di Selatan Thailand

Image
Dasar Rattaniyom: Pemberontakan Masyarakat Islam di Selatan Thailand Pengenalan              Kerajaan Patani terletak dilaluan perdagangan yang sangat strategik iaitu menghubungkan laluan perdagangan timur dan barat. D`Eredia yang merupakan pedagang Portugis telah menganggarkan Islam bertapak di Patani terlebih dahulu berbanding Melaka. Manakala analisis S.Q. Fatimi pula menyatakan bahawa Islam telah datang ke Patani melalui laluan timur (China dan Champa) dan juga barat (Samudera-Pasai). Pemerintah kerajaan Melayu Patani ketika itu iaitu Pya Tu telah memeluk agama Islam melalui seorang ulamak dari Pasai yang bernama Syeikh Syah Zillullah Fil Alam dan kemudiannya menukar gelarannya menjadi Sultan Ismail Syah Zillulah Fil Alam. Penaklukan kerajaan Patani oleh kerajaan Siam pada tahun 1785 tidak di iktiraf di peringkat antarabangsa sehingga tementerainya perjanjian Anglo Siamese Treaty pada tahun 1909 yang ...