Posts

Showing posts with the label Books

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu - Syed Muhammad Naguib Al-Attas

Image
                  Buku ni sebenarnya agak berat untuk aku. Aku ingat nak tulis secara ilmiah tentang ulasan buku ni tapi aku rasa payah. Aku tak boleh nak susun plot penulisan sebab mula-mula penulis cerita tentang Eropah lepastu Hindu-Buddha kemudian baru pra kedatangan Islam di Kepulauan Melayu - Indonesia. Aku rasa, aku kena baca lagi buku ni untuk tulis ulasan yang lebih ilmiah sikit. Tapi buku ni berjaya mencetuskan beberapa perspektif baru untuk aku.  Ketika era masyarakat Melayu beragama Hindu dan Buddha, golongan pemerintah sahaja yang secara setia mengamalkannya. Manakala, rakyat jelata hanya mengambil sikap sambil lewa dan tidak kisah. Golongan pemerintah menggunakan agama untuk mengukuhkan kedudukannya.  Agama Hindu dan Buddha hanya berjaya mengembangkan pengaruhnya dalam aspek seni dan kebudayaan. Tidak seperti agama Islam yang berjaya mengisi seluruh aspek kehidupan masyarakat Melayu. Bahasa Melayu dip...