Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu - Syed Muhammad Naguib Al-Attas

       

          Buku ni sebenarnya agak berat untuk aku. Aku ingat nak tulis secara ilmiah tentang ulasan buku ni tapi aku rasa payah. Aku tak boleh nak susun plot penulisan sebab mula-mula penulis cerita tentang Eropah lepastu Hindu-Buddha kemudian baru pra kedatangan Islam di Kepulauan Melayu - Indonesia. Aku rasa, aku kena baca lagi buku ni untuk tulis ulasan yang lebih ilmiah sikit. Tapi buku ni berjaya mencetuskan beberapa perspektif baru untuk aku. 

  • Ketika era masyarakat Melayu beragama Hindu dan Buddha, golongan pemerintah sahaja yang secara setia mengamalkannya. Manakala, rakyat jelata hanya mengambil sikap sambil lewa dan tidak kisah. Golongan pemerintah menggunakan agama untuk mengukuhkan kedudukannya. 
  • Agama Hindu dan Buddha hanya berjaya mengembangkan pengaruhnya dalam aspek seni dan kebudayaan. Tidak seperti agama Islam yang berjaya mengisi seluruh aspek kehidupan masyarakat Melayu.
  • Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa penyebaran agama Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia yang sehinggakan telah meneggelamkan penggunaan bahasa Jawa sebagai bahasa sastera Melayu-Indonesia.
  • Oleh sebab itu pada pandangan aku, Belanda tidak mengalami kesukaran apabila bersepakat untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di Indonesia yang pada ketika itu terdapat pelbagai dialek.
  • Pada mulanya sebelum baca buku ni, aku ingat penggunaan bahasa Melayu di Indonesia merupakan kesan daripada keagungan pelabuhan Melaka yang berjaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca. 
  • Tetapi sebenarnya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca adalah terhad kepada  aktiviti perdagangan. Hanya selepas penyebaran agama Islam barulah ianya diperluaskan akibat daripada kegiatan perdagangan yang semakin subur selepas kedatangan Islam. 
  • Syed Muhammad Naguib Al-Attas  menyatakan bahawa agama Hindu dan Buddha tidak membawa apa-apa berubahan asasi dalam tamadun Melayu kerana pembuktian secara ilmiah dan saintifik lebih banyak kepada penyebaran agama Islam.
  • Penulis secara tegasnya menolak teori kedatangan Islam dari India serta menepis pandangan Moquette yang menggunakan bukti penemuan batu nisan di Pasai dan Gersik yang mempunyai ciri-ciri batu nisan Gujerat. Hal ini kerana penulis berpandangan bahawa batu nisan tersebut lebih mudah di dapati di Gujerat kerana hampir dengan kawasan penempatan masyarakat tempatan.
  • Teori kedatangan Islam sangat penting kerana ia akan mempengaruhi corak persejarahan masyarakat di kepulauan Melayu-Indonesia.
  • Raffles telah memencilkan peranan agama Islam selepas mengetahui bahawa anak-anak Melayu perlu pandai membaca al-Quran terlebih dahulu sebelum boleh belajar bahasa Melayu dengan mengasingkan dasar pengajian al-Quran dengan bahasa Melayu.


Kehampaan ilmu pengetahuan mengenai Islam dan peranannya dalam sejarah dan kebudayaan membawa suatu penderitaan nasib bangsa yang telah melupakan sejarahnya. 

Gambaran sejarah yang dilukis begitu suram, dengan begitu keruh dan kelam telah menyebabkan ia dipengaruhi oleh tafsiran bahawa kedatangan Islam itu tidak memberi kesan penting, tidak membawa apa-apa yang sehinggakan telah digantikan dengan sinaran budaya barat.


Sogokan nilai-nilai barat telah mengisi lompong-lompong kosong sejarah Islam sehingga mengakibatkan kekosongan jiwa bangsa. 

SYED MUHAMMAD NAGIUB AL-ATTAS 

Comments

Popular posts from this blog

Graduan ISM Sailang Peluang Penempatan Graduan ISMP

Bagi Gelandangan Makan

Bab 2 : Perdagangan dan Politik