Bagi Gelandangan Makan

Aku sebenarnya suka aktiviti sukarelawan ni tapi selalu tak kena masa dengan ada kekangan lain. Tapi kali ni aku dapat join dapurpasak bagi gelandangan makan dekat area Segi College, Masjid India. Kib lah yang post dekat twitter  pasal dapurpasak ni mengalukan sukarelawan. 

Time nak pergi ni rasa berbelah bagi, sama ada nak pergi ke tidak sebab aktiviti ni dibuat Selasa malam dalam pukul 9.30. Aku dahhh 'aduuhhh, esok kerja ni. Mesti balik lambat'. Memang rasa berkira nak pergi sebab aku malas nak drive. Takut nanti  balik rumah tak ada parking.

Jadi aku massage adik aku, Aman. Tanya dia boleh hantar aku pergi Masjid India tak ? Dia tak janji sebab tak tahu balik kerja pukul berapa, jalan jam. Kalau sampai rumah pukul 9 malam boleh la kot nak hantar. Lagi lah aku berbelah bagi nak pergi ke tidak sebab tak ada orang nak hantar. 

Tapi niat jelah dalam hati semoga dipermudahkan urusan. Aman dapat balik pukul 9 malam. Dalam 9.20 Aman hantar aku ke kawasan Segi College yang Kib cakap tu. Kebetulan malam ni sukarelawan ramai. Dalam pukul 10 tu kami dah bagi gelandangan makan.

Aku tukang cenduk nasi. Sumpah best gila. Kerjanya simple je. Tak adalah remeh seperti yang aku sangka. Orang yang nak ambil makanan pun elok je beratur. Tak ada berebut. Tak ada bergaduh. Syok lah pengalaman baru dan berharga. 11 malam dah balik dah. So sekejap jelah pun aktiviti ni. 

Sebelum aku balik rumah aku dapat T-Shirt dapurpasak. Jadi lepasni boleh lah pakai. Aktiviti sukarelawan yang melibatkan gelandangan ni merupakan salah satu WishList aku setelah sekian lama. So...checked ✔️

Siapa nak join program ni boleh lah pergi ke Instagram: teamdapurpasak


Comments

Popular posts from this blog

Menangis Masa Temuduga DG41

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu - Syed Muhammad Naguib Al-Attas