Aktiviti PdPc sewaktu PKPP

Aku dapat mengajar 6 masa iaitu bersamaan 3 kali perjumpaan seminggu. Tapi mentor aku akan masuk 2 masa untuk mengajar. Jadi aku hanya akan jumpa anak murid aku 2 kali seminggu. Aku dapat mengajar 1 kelas je. Mungkin selepas 15 Julai ni semua murid dah masuk sekolah aku akan mengajar kelas dengan lebih banyak lagi. 

Kelas yang aku dapat ni antara yang lemah. Jadi aku merasakan bahawa perlu ada aktiviti untuk mereka. Susah juga nak buat aktiviti PAK21 waktu covid ni. Risau melanggar SOP KPM. Jadi apa yang aku buat adalah...


Ini aktiviti untuk tingkatan 5 yang masih lagi menggunakan KBSM, tajuk Sistem Ahli.

Kelas yang aku mengajar ni tak ramai, 9 orang sahaja. Pelajar akan pakai tagging yang dicatatkan  nama setiap ahli di dalam sistem ahli dan satu portfolio. Seterusnya, aku akan terangkan ciri-ciri sistem ahli serta proses pelaksanaan Sistem Ahli sementara pelajar memakai tagging tersebut. Kesimpulannya, pelajar dapat mengaitkan diri dan merasai bahawa mereka adalah ahli di dalam sistem ahli berdasarkan tagging yang mereka pakai. Aktiviti ini dilaksanakan ditempat duduk masing-masing. Tiada pergerakan pelajar. 

Comments

Popular posts from this blog

Menangis Masa Temuduga DG41

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu - Syed Muhammad Naguib Al-Attas

Bagi Gelandangan Makan