Filipina Negara Islam Yang di Murtadkan ?


Islam Bertapak di Filipina


Bemdera Filipina selepas berkerajaan sendiri.

Islam bertapak di Filipina melalui gerakan perdagangan pada akhir abad ke-13 yang telah menjadikan Filipina sebagai tempat persinggahan oleh orang Arab untuk ke China. Selain itu, terdapat juga pendapat menyatakan bahawa orang yang bertanggungjawab membawa Islam ke Filipina ialah Syeikh Makdum yang merupakan orang daripada istana Johor. Ng Seng Ho dalam kajiannya menyatakan bahawa orang yang bertanggungjawab dalam membawa Islam ke Filipina ialah orang Bugis yang bernama Syeikh Makdum. Syeikh Makdum telah pergi ke Filipina pada suku terakhir abad ke-13 iaitu pada tahun 1275 hingga 1299 dan telah mengislamkan orang yang berada di selatan Filipina (Sulu, Pahlawan dan Mindanau).
penguasaan Sepanyol.

Gambaran wajah Syeikh Makdum


Sepanyol pada dahulunya ialah milik kawasan kerajaan Abbasiah yang ke-2. Universiti Cardova di Sepanyol telah menjadi jambatan kepada perkembangan Islam dan juga ilmu kepada orang Eropah. Kerajaan Islam telah berjaya mengalahkan kerajaan Kristian di bawah peperangan Salib dan selepas itu kerajaan Abbasiah telah dikalahkan oleh orang Kristian melalui peristiwa reconquista yang merupakan satu gerakan merebut kembali wilayah Sepanyol daripada kaum Muslim. Melalui gerakan tersebut, pada masa yang sama orang Kristian Spanyol juga turut cuba bangkit untuk menjadi kuasa nombor satu dunia dengan perlu mengatasi kuasa Britis, Belanda dan Perancis. 


Oleh yang demikian, Spanyol telah pergi ke Filipina dengan memasuki kawasan Selatan Filipina. Namun mereka tidak berjaya kerana mendapat tentangan dan Sepanyol telah bergerak ke Utara Filipina dan mengkristiankan penduduk Utara Filipina dengan menyatakan bahawa mereka tidak akan maju dengan agama Islam. Walau bagaimanapun, kawasan Utara Filipina tidak begitu strategik, Sepanyol telah melakukan serangan di kawasan Selatan (1565-1655). Serangan ini dikenali dengan nama Moro Wars. Sepanyol telah mengalami kekalahan dalam peperangan tersebut dan berjanji akan bekerjasama dengan datu serta memberikan hadiah kepada datu. Manakala Datu pula telah memberikan kebenaran untuk berniaga di Sulu, Pahlawan dan Mindanau yang seterusnya memberikan Sepanyol konsesi dikawasan tersebut. 


Akibat daripada terlalu banyak konsesi yang diberikan, Sepanyol telah menganggap diri mereka sebagai ketua di kampung-kampung sekitar Selatan Filipina yang pada masa yang sama telah menyebarkan dakwah Kristian yang mengakibatkan kemarahan masyarakat Muslim dikawasan tersebut. Selain menyebarkan agama Kristian, Sepanyol juga menguatkan kuasanya melalui pendidikan dengan melarang pembelajaran sekolah agama dan hanya membenarkan sekolah Sepanyol yang menggunakan tulisan rumi untuk beroperasi. Orang Melayu ketinggalan dan tidak dapat berurus niaga dengan orng Sepanyol kerana tidak menguasai tulisan rumi. 


Penguasaan Amerika Syarikat


Gambaran perseteruan diantara Amerika Syarikat dan Sepanyol


Pada tahun 1899 hingga 1902, Sepanyol dan Amerika Syarikat telah berperang dan Sepanyol telah kalah dalam peperangan tersebut. Sepanyol telah membuat pengisytiharaan untuk memberi seluruh konsesinya diluar negara. Karim telah menghantar petition kepada Amerika dengan menyatakan bahawa Sulu, Pahlawan dan Mindanau tidak pernah tunduk dengan kekuasaan Sepanyol. Oleh sebab itu, Amerika tidak boleh menguasai negeri terbabit. Amerika telah bertindak balas dengan menandatangani Perjanjian Bates sebagai tanda bahawa Amerika tidak akan menguasai kawasan terbabit. Namun setelah mengetahu kawasan Selatan Filipina sangat kaya dengan hasil lombong, maka Amerika telah membatalkan perjanjian tersebut. Setelah Amerika berjaya menguasai Filipina, Amerika telah memperkenalkan sistem integrasi diantara orang Filipina Selatan dan Utara serta mengawal orang Selatan Filipina melalui larangan penggunaan undang-undang Islam.


Peta Filipina yang secara keseluruhannya merupakan negara yang dibentuk berdasarkan penggabungan beberapa pulau 



Amerika telah menggunakan 'public work policy' dengan menyatukan orang Utara dan Selatan melalui pentadbiran hospital dan klinik. Walau bagaimanapun tidak berjaya kerana kaedah yang digunakan seperti perubatan melalui kitab injil dan sebagainya bertentangan dengan agama Islam . Amerika kemudiannya telah memperkenalkan sekolah sekular bagi menggantikan sekolah pondok dan sekali lagi kaedah ini tidak berjaya kerana orang Islam tidak menghantar anaknya ke sekolah sekular. Seterusnya, Amerika telah melancarkan polisi kedua yang dkenali sebagai 'policy of attraction' yang cuba menarik orang Filipina supaya hidup lebih bertamadun dan moden sambil meneruskan proses integrasi diantara Utara dan Selatan. Amerika telah memberikan sejumlah wang dan juga 40 hingga 200 ekar tanah kepada sesiapa yang berhijrah pada tahun 1902. Akibat daripada tawaran tersebut ramai masyarakat daripada Utara berpindah ke Selatan dan menjadikan umat Islam di Selatan menjadi golongan minoriti.


Beberapa tahun selepas itu, Amerika telah memperkenalkan Akta Tanah Awam pada tahun 1911, 1913 dan 1919 dengan menyatakan bahawa semua tanah di Filipina adalah milik kerajaan. Oleh itu, rakyat digesa untuk mendaftar tanah miliknya. Orang-orang Islam tiadak menerima akta tersebut dan enggan mendaftar tanah miliknya. pada tahun 1919, Amerika mengisytiharkan sekali lagi kepada sesiapa yang gagal mendaftar mereka akan kehilangan tanah. Orang Islam yang cuba mendaftar gagal mendapatkan tanah yang diingini kerana ada diantara tanah mereka sudah difailkan oleh orang Utara dan ada dikalangan mereka yang tidak pandai mengisi borang kerana bertulisan rumi.

Comments

Popular posts from this blog

Bagi Gelandangan Makan

Graduan ISM Sailang Peluang Penempatan Graduan ISMP

Bab 2 : Perdagangan dan Politik