Graduan ISM Sailang Peluang Penempatan Graduan ISMP




Isu graduan Ijazah Sarjana Muda (ISM) mengisi penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) berlaku di atas autoriti pihak yang menguruskan hal-hal berkaitan penempatan guru dan bukan atas kapasiti seseorang graduan itu adalah ISM ataupun ISMP. Walau bagaimanapun, reaksi graduan ISM terhadap desakan penempatan oleh graduan ISMP dilihat berlebihan serta tidak memahami isu pokok yang mana sijil graduan ISMP itu sendiri menjadi halangan besar kepada graduan pendidikan untuk mendapatkan pekerjaan  kerana para majikan melihat bahawa graduan pendidikan cenderung untuk menunggu panggilan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP) daripada terus bekerja secara tetap dan setia kerana jaminan pekerjaan itu sendiri menjadi faktor utama.

Meskipun memahami serta akur terhadap syarat pengambilan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang mensyaratkan bahawa kursus serta bidang ini tidak menjanjikan penempatan. Namun keperluan  terhadap pengambilan guru itu sendiri memberi peluang kepada Gerakan Graduan Pendidikan Universiti (GGPUA) untuk mendesak isu penempatan guru kepada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandangkan lebih 3600 orang guru terlatih menganggur pada tahun 2019. Perkara ini disokong lagi dengan kenyataan daripada Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPM), Datuk Abdul Raof Husin yang memberitahu media bahawa bilangan guru tidak mencukupi dan ianya secara tidak langsung telah menambahkan beban guru sedia ada yang terpaksa mengajar lebih banyak waktu dan akhirnya memberi impak kepada sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang tidak berkualiti.

Manakala, persoalan lebih utama adalah kepada pihak yang terlibat di dalam memutuskan hal-hal berkaitan penempatan guru terutamanya bagi jawatan guru interim DC41 di negeri tertentu yang mengetepikan hak graduan ISMP yang sudah dilengkapi ilmu pedagogi dengan memberi peluang kepada graduan ISM untuk mengisi peluang kekosongan guru interim sedangkan graduan ISMP yang sudah terlatih menganggur. Kemasukkan guru interim oleh graduan ISM secara tidak langsung  telah mengakibatkan kuota pelajar ISMP terutamanya bagi lepasan universiti untuk  bidang-bidang tertentu penuh serta terpaksa digagalkan daripada temuduga SPP kerana keperluan guru sudah dipenuhi oleh graduan ISM.

Berbeza dengan perlaksanaan guru interim bagi negeri Sarawak yang meletakkan hak graduan ISMP pada tempatnya dengan melantik graduan ISMP itu sendiri sebagai guru interim. Ini merupakan hal yang sepatutnya dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Graduan ISMP perlu diberi keutamaan penempatan sebagai seorang guru sama ada secara kontrak mahupun tetap. Seterusnya, guru interim lepasan ISMP hanya perlu menetap di sekolah yang sama selepas lulus panggilan SPP dan dinaikkan jawatan kepada DG41 daripada DC41 seperti mana yang dilaksanakan di negeri Sarawak. Sekiranya cara ini diaplikasikan, pertindihan peluang penempatan guru diantara ISM serta ISMP dapat dielakkan.




'Kepincangan pendidikan berlaku kerana diserahkan kepada orang yang bukan ahli '





Comments

Popular posts from this blog

Menangis Masa Temuduga DG41

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu - Syed Muhammad Naguib Al-Attas

Bagi Gelandangan Makan