Bekalan Beras Negara Ketika Perintah Kawalan Pergerakan


Aku Tweet maklumat yang kurang tepat mengenai bekalan beras negara dan aku berasa bertanggungjawab untuk membetulkan kembali. Bila aku cari balik root kepada maklumat ni, ayat asalnya adalah "bekalan beras di pasaran SEHARUSNYA bertahan selama 3 bulan atau sekurang-kurangnya sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bekalan makanan perlu terus ditambah agar dapat bertahan selama 6 bulan dan setahun akan datang berikutan ramalan kemelesetan ekonomi selepas pandemik. Dianggarkan bahawa seorang rakyat Malaysia akan menggunakan sekurang-kurangnya 73kg sehingga 83kg beras setahun. Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan bahawa bekalan makanan negara kita berada ditahap yang membimbangkan kerana tidak melepasi tahap sara diri beras (SSL) 100%. Negara kita hanya mensasarkan SSL sebanyak 75% sehingga 80% pada ketika ini. Jika SSL kurang daripada 100% ia menunjukkan bahawa bekalan makanan negara tidak dapat memenuhi keperluan domestik. Walau bagaimanapun, Padiberas National Bhd (BERNAS) telah diarahkan untuk memastikan bekalan 30% beras import berada ditahap yang sepatutnya.

Comments

Popular posts from this blog

Menangis Masa Temuduga DG41

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu - Syed Muhammad Naguib Al-Attas

Bagi Gelandangan Makan