5 Persiapan Temuduga DG41

1.File

Benda pertama sekali yang aku akan buat lepas dapat panggilan temuduga adalah settlekan file. Siapkan file ni ada banyak versi. Ikut pilihan hati nak susun yang mana. Tapi aku jenis yang simple. Aku susun ikut gaya aku. 

Tips: Pastikan masa di universiti, keperluan untuk mendapatkan tiga sijil aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sekurang-kurangnya 3 yang  tertinggi. Jangan jadi macam aku ada dua je. Walaupun, aku cakap universiti kita guna transkrip kokurikulum. Dia tak layan sebab orang lain ada je tiga sijil kokurikulum. 

2.File Mengajar/ RPH


Wahai anak muda sekalian, sekiranya anda belum practicum lagi, sila buat file mengajar betul-betul dengan penuh semangat! Aku tak tahu sebenarnya masa interview panel nak tengok file mengajar. Kalau aku tahu sebelum practicum haritu, aku akan buat elok sikit . Kahkahkah! File mengajar ni aku dah belek-belek sebelum dapat panggilan temuduga lagi. 


  • Pastikan refleksi tulis dengan lengkap. Kalau ikut pekeliling, refleksi sepatutnya 20/23 murid berjaya menerangkan... Tiga lagi orang murid akan diberikan latihan insentif... Tulis kelemahan dalam PdPc dan untuk kelas seterusnya apa yang akan diperbaiki. 
  • Biasanya nak tulis rerleksi ni kita malas sebab dah habis kelas. Jangan begitu yea anak muda. nak berjaya kena rajin. 
  • File RPH membawa kepada 5 markah temuduga

3.Penampilan

  • Tanda nama mesti 1 inci dan satu nama. AMIR, LEE, MUTU. Haaa, macam tu. Waktu kau zaman universiti lagi sepatutnya buat. Tak payah tunggu temuduga baru nak buat. 
  • Perempuan, pakai baju kurung senang. HAHAHA. Kalau pakai skirt, wajib blazer. Kalau pakai baju kurung pun bawa je blazer. Sebab masa temuduga Putrajaya, ada orang yang akan preparekan kita sebelum masuk bilik. Macam aku tak bawa blazer, jadinya member aku disarankan tak pakai blazer. Sebab dua orang je perempuan. Dia nak bagi nampak seragam. 
  • Lelaki pula, elok pakai baju putih, tie merah, seluar dan blazer hitam. Kenapa putih ? Sebab putih tu ngam dengan blazer hitam. Kenapa tie merah ? Menyerlah lah sikit ada satu warna terang. Tak gitu ?
  • Handbag ? Tak perlu fikirkan tentang ini. HAHAHA. Aku ingat handbag bawa masuk bilik temuduga. Sekali tak! Badan kau, file sijil dengan buku RPH je masuk. Yang lain letak luar. 
  • Kasut ? Jangan pakai kasut baru keluar daripada kotak kasut. Tak selesa nanti. Melecet lah apa lah. Pastikan pakai kasut yang selesa. 


4.Nak Study Apa ?


Entah lah nak, mak tak tahu. Kau study jelah apa yang patut. Yang penting untuk kandungan sejarah, kau belek je buku teks sejarah sekolah menengah. KSSM, PAK21, FPK tu kira wajib lah. Pastikan ada satu topik yang kau study mendalam. Sebab masa aku ditemuduga, dia tanya apa yang awak dah study, ceritakan. Kahkahkahkah. Semua aku tak study mendalam. Aku just study point-point je. Aku bernasib baik sebab aku jenis orang yang sentiasa alert dengan isu semasa. Jadi aku sentuh FPK, kesejahteraan diri di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Masa ni ada kes budak sekolah rendah bunuh diri sebab tertekan dengan kerja sekolah yang banyak. KPM sedang membuat siasatan. Jadi aku goreng jelah. 

5.Berdoa dan Tawakal


Ecehhh, tajuk. Hahaha. Tapi betul, ilham kita ni dikurniakan. Berdoa je. Aku masa temuduga pun jam. Tapi zapppp, dapat ilham. Gitu. Tak kisah lah Muslim ke bukan Muslim. Berdoa, okey? Ohh, cuma atheis je tak payah doa, sebab tak percaya Tuhan. huhu.

Comments

Popular posts from this blog

Dasar Ratthaniyom: Pemberontakan Masyarakat Islam di Selatan Thailand

Bab 2 : Perdagangan dan Politik

Graduan ISM Sailang Peluang Penempatan Graduan ISMP