Dasar Ratthaniyom: Pemberontakan Masyarakat Islam di Selatan Thailand
Dasar Rattaniyom: Pemberontakan Masyarakat Islam di Selatan Thailand
Pengenalan
Kerajaan
Patani terletak dilaluan perdagangan yang sangat strategik iaitu menghubungkan
laluan perdagangan timur dan barat. D`Eredia yang merupakan pedagang Portugis
telah menganggarkan Islam bertapak di Patani terlebih dahulu berbanding Melaka.
Manakala analisis S.Q. Fatimi pula menyatakan bahawa Islam telah datang ke
Patani melalui laluan timur (China dan Champa) dan juga barat (Samudera-Pasai). Pemerintah kerajaan Melayu Patani ketika itu iaitu Pya Tu telah memeluk agama
Islam melalui seorang ulamak dari Pasai yang bernama Syeikh Syah Zillullah Fil
Alam dan kemudiannya menukar gelarannya menjadi Sultan Ismail Syah Zillulah Fil
Alam. Penaklukan
kerajaan Patani oleh kerajaan Siam pada tahun 1785 tidak di iktiraf di peringkat antarabangsa sehingga tementerainya perjanjian
Anglo Siamese Treaty pada tahun 1909 yang mana telah dipersetujui bahawa Patani
akan dimasukkan sebagai wilayah Thailand, manakala Terengganu, Kedah, Kelantan,
Perlis dan seluruh negeri Malaya diselatan akan diserahkan kepada British. Selepas perjanjian tersebut ditandatangani
kerajaan Thai telah melaksanakan beberapa dasar yang dilihat telah mengancam
hak-hak masyarakat Melayu Patani iaitu seperti dasar pengasimilasian. Oleh yang
demikian, gerakan pemisah telah wujud bagi memberi tindak balas terhadap dasar
yang diperkenalkan. Dasar pengasimilasian atau lebih dikenali dengan nama Thai Rathaniyum adalah bermaksud hanya
ciri-ciri kebudayaan Thai sahaja yang diizinkan berkembang di Thailand.
Golongan minoriti lain harus tunduk kepada norma-norma Thai. Dasar ini telah diperkenalkan oleh Phibul Songram pada tahun 1939.
Pada tahun 1932, kerajaan Thai yang dipimpin oleh Raja Prajadhipok berada di ambang merbahaya sehingga baginda terpaksa melakukan beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran. Namun perubahan tersebut tidak dapat menambat kegusaran hati rakyat jelata sehingga satu gerakan telah diatur bagi menjatuhkan pemerintahan monarki. 24 Jun 1932 berlaku satu pemberontakan yang bergelar ‘Kumpulan Rakyat’ dianggotai oleh pegawai-pegawai tentera. Tujuan pemberontakan ini adalah untuk mengubah tampok pemerintahan yang sedia ada. Kumpulan ini diketuai oleh Phraya Pahon, Nai Pridi Panomyang, Luang Phibun Songgram serta beberapa lagi anggota termasuk wakil-wakil orang Islam seperti Haji Abdul Wahab dan Haji Shamsudin Mustafa. Konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen disambut baik oleh masyarakat Melayu di selatan kerana mereka mengharapkan dengan suasana politik yang baru ini nasib masyarakat Islam di selatan lebih terbela. Walau bagaimanapun perlembagaan baru ini tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat di selatan kerana tidak ada satu bentuk perubahan yang membantu masyarakat Muslim Patani dirasakan dan ianya telah menjadikan Siam semakin menjurus kearah nasionalis.
Pada
1939, Phibun Songram secara meluas telah memperkenalkan fahaman kebangsaan
bahawa warganegara Thailand perlu mempunyai ciri-ciri Thai. Pihbun Songram yang
merupakan Perdana Menteri Thai pada tahun 1938 bercita-cita untuk ‘mengthaikan’
orang Thailand telah menyebabkan masyarakat Islam di Selatan bangkit menentang. Pihbun Songram merupakan seorang tentera yang berjiwa nasionalis percaya bahawa
pembangunan nasional memerlukan kerajaan kuat, berdisplin dan disokong oleh
golongan tentera. Frank Goly berpendapat bahawa Phibun telah memperkenalkan
corak pentadbiran bersifat Fascist
seperti apa yang diamalkan di Itali dan Jepun.Rattaniyom yang dianggap sebagai
ideologi politik negara telah diperkenalkan. Rattaniyom ialah kebudayaan negara yang dibuatkan oleh Kabinet
Menteri dan digunakan sebagai polisi arahan dari Jabatan Perdana Menteri yang
bertujuan menjadikan kebudayaan itu sebagai budaya tetap negara yang dapat
dihayati oleh seluruh rakyat dalam negara tanpa mengira bangsa dan agama. Rattaniyom yang mengandungi sebanyak 12
perkara dan kandungan tersebut ialah penggunaan nama negara, rakyat dan bangsa,
bahaya yang akan menjejaskan bangsa, panggilan nama orang Thai, penghormatan
bendera kebangsaan, lagu kebangsaan dan lagu pujian raja, dorongan supaya orang
Thai menggunakan barang-barang asas buatan dalam negara Thai, gaya dan isi
nyanyian lagu kebangsaan, mengajak supaya orang Thai bekerjasama membangunkan
bangsa, nyanyian lagu pujian raja, bahasa dan pelajaran Thai serta
tanggungjawab warga negara yang baik, pakaian warganegara Thai, kerja harian
orang Thai, dan pertolongan dalam memberi perlindungan terhadap kanak-kanak,
orang tua dan orang lemah.
Daripada
12 perkara Rattaniyom hanya 3 perkara
yang menyentuh isu sensetif masyarakat Islam secara langsung. Rattaniyom perkara 3; panggilan nama orang
Thai. Rattaniyom perkara 9; bahasa dan pelajaran Thai serta tanggungjawab warganegara
yang baik dan perkara 10; pakaian warganegara Thai. Rattaniyom perkara 3 telah
menetapkan panggilan Khon Thai (orang
Thai) kepada semua warganegaranya yang sekaligus panggilan itu meneggelamkan
panggilan atau sebutan nama mengikut ras keturunan selain daripada Thailand. Rattaniyom ini secara langsung telah
memaksa bangsa lain yang selain daripada Thai menjadi bangsa Thai dan ini amat
tidak disenangi oleh penduduk di Selatan Thai kerana meraka adalah berbangsa
Melayu. Di bawah gerakan ini orang Melayu tidak lagi dibenar mengenakan pakaian
tradisional mereka, tidak boleh memakai nama-nama Melayu Arab sebagaimana lazim
serta tidak boleh menggunakan bahasa dan tulisan jawi. Sebaliknya mereka
dipaksa memakai pakaian cara barat seperti berseluar, berbaju lengan pendek dan
gaun. Urusan peribadi dan kekeluargaan Islam seperti perkahwinan dan warisan
yang selama ini dikecualikan dalam sistem Thesaphiban
ditarik balik. Masyarakat Melayu Patani merasakan identiti mereka tergugat kerana kerajaan
Phibun dilihat cuba untuk menghapuskan bahasa, agama dan sosio-budaya
masyarakat Melayu menerusi dasar asimilasi paksaan ini.
Pada
tahun 1944 Phibun Songram telah mencampuri urusan perundangan Islam dengan
membatalkan undang-undang Islam berkaitan dengan nikah cerai dan harta pusaka
serta memansuhkan jawatan Qadi Islam dalam wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan
Setul. Selain itu perubahan baru dalam perbicaraan yang berkenaan dengan urusan
Islam yang juga harus melalui undang-undang sivil kerajaan Thai dan diputuskan
oleh mahkamah Siam turut disentuh. Oleh
yang demikian, Haji Sulong telah memberi tindakbalas dengan menubuhkan
al-Hai`ah al Tanfiziaal li -ahkam al-Shar`iyyahh (Lembaga Pelaksana Hukum
Shari`ah) bagi mengembeling tenaga pemimpin-pemimpin agama di Patani dalam
usaha menyekat ancaman kerajaan Thai dalam usaha mengsiamkan orang Melayu serta
mempertahankan kesucian agama Islam daripada dicabuli oleh Dasar Rathaniyum. Maka pada tahun yang sama
suatu rayuan telah dihantar oleh Tengku Abdul Jalal bin Tengku Abdul Muttalib
yang merupakan wakil pemimpin Melayu kepada kerajaan Phibul Songram berkenaan
pencabulan penguasaan undang-undang kebudayaan Siam-Thai terhadap kebudayaan
masyarakat Melayu Selatan Thai dan agama Islam yang dijalankan oleh Gabenor
Patani. Walau bagaimanapun surat rayuan tersebut telah dibalas dengan kenyataan bahawa
Phibul Songram menyokong tindakan yang dilakukan oleh Gabenor Patani.
Selepas Jepun mengaku kalah dalam Perang Dunia Kedua, Phibul Songram telah ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan Jepun dan telah dipenjarakan selama enam bulan. Penurunan Phibul Songram dari tampok pemerintahan mendorong Tengku Abdul Jalal menulis surat kepada Khuang Aphaiwong yang menggantikan Phibul mengenai pindaan beberapa dasar yang dirasakan perlu bagi mengelakkan apa-apa rusuhan yang akan melibatkan penduduk dalam empat wilayah Selatan Thai. Khuang telah bertindak balas dengan menghentikan undang-undang kebudayaan tersebut. Mei 1945, Pridi Phanomyang telah mengisytiharkan Akta Islam yang bertujuan memecahkan kebuntuan diantara kerajaan Siam dan juga masyarakat Melayu. Akta baru yang ditubuhkan telah menjadi perantara diantara komuniti Muslim dan juga kerajaan. Salah satu daripadanya ialah peranan Chularajamontri. Chularajamontri berperanan dalam menasihati raja dan pemerintah kerajaan Siam berkaitan dengan hal ehwal masyarakat Muslim. Pridi Panomyang dilihat sangat bertoleransi dengan masyarakat Islam di Thailand kerana beliau menjalinkan hubungan yang rapat dengan Chularajamontri iaitu Haji Samsudin. Apabila suruhanjaya yang dikenali sebagai ‘Suruhanjaya Siasatan Bangkok’ yang diketuai oleh Cham Promyong atau Haji Samsuddin telah tiba di Tabal bagi menyiasat situasi serta keadaan orang-orang Melayu, Haji Sulong dan beberapa lagi pemimpin Melayu telah mengemukakan tujuh tuntutan. Kandungan tujuh tuntutan teersebut adalah seperti berikut:
- Pelantikan seorang individu Islam sebagai wakil kerajaan siam yang berkuasa penuh untuk mentadbir keempat-empat wilayah iaitu Patani, Yala, Naratiwat dan satul dan mempunyai kuasa memecat, menggantung atau menggantikan pegawai-pegawai kerajaan. Indivisu ini hendaklah dilahirkan disalah satu daripada keempat-empat buah wilayah tersebut dan pelantikannya hendaklah dengan persetujuan para penduduk di wilayh-wilayah tersebut.
- Lapan puluh peratus daripada pegawai kerajaan yang akan berkhidmat di wilayah-wilayah tersebut mestilah beragama Islam.
- Bahasa Melayu dan Bahasa Siam hendaklah dijadikan sebagai bahasa rasmi.
- Bahasa Melayu hendaklah dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah.
- Undang-Undang Islam hendaklah diiktiraf dan dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah.
- Kesemua hasil dan pendapatan yang diperolehi daripada keempat-empat wilayah itu hendaklah digunakan di wilayah yang berkenaan.
- Pembentukan sebuah badan yang mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan semua hal ehwal orang Islam yang berada di bawah tanggungjawab Ketua Negeri.
Pemberontakan Selatan Thai
Memorendum
yang dihantar oleh Haji Sulong dan beberapa wakil pemimpin Melayu bukanlah
bertujuan untuk membentuk negara sendiri tetapi lebih kepada hak autonomi
kepada masyarakat Melayu di Thailand. Walau bagaimanapun setelah tuntutan
tersebut disampaikan, kerajaan Thai telah berpendapat bahawa tuntutan tersebut
amatlah tidak selari dengan dasar yang dijalankan dalam kerajaan dan kerajaan
telah menghantar sepasukan tentera ke kawasan Selatan Thai pada 7 November 1947. Pada pertengahan November 1947, Tengku Mahmud Mahyideen telah pergi ke Jawa
untuk mendapatkan sebarang kemungkinan sokongan daripada Indonesia, namun
gagal. Beliau telah kembali ke Tanah Melayu pada bulan Disember. Setibanya
beliau kembali ke Kelatan, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Tengku
Abdul Jalal dan Haji Sulong diSemut Api. Perjumpaan secara rahsia itu turut
disertai oleh Khuang Aphaiwong. Walau bagaimanapun Haji Sulong telah menolak
untuk menyertai perundingan tersebut sehingga tujuh tuntutan diterima oleh
pihak kerajaan. Selepas tersebarnya berita bahawa akan berlaku pemberontakan di
wilayah yang dikuasai oleh Haji Sulong dan Pridi, pada 16 Januari 1948 atas
perintah Kaluwong atau Gabenor
Patani, Phya Ratna Pakdi, Haji Sulong telah ditangkap dengan dakwaan melakukan
pemberontakan terhadap negara. Selang dua hari, empat orang yang turut serta
dalam pertemuan tersebut turut ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad, Haji
WanHusain Wan Din, Ahmad Haji Sulung dan Che Ishak Abbas. Rentetan daripada penahanan Haji Sulong satu rusuhan dan protes telah meletus
di Selatan Thai. Rundingan telah diadakan antara Tengku Mahmud Mahyuddin dengan
kerajaan Pusat di Bangkok bagi menyelesaikan secara aman ketegangan yang
berlaku d Selatan Thai. Namun begitu, kerajaan Thailand tidak bersetuju dengan
tiga syarat utama yang dikemukakan oleh wakil wilayah Selatan Thai iaitu
hendaklah dilepaskan Haji Sulong dari tahanan dan dibenarkan mengambil bahagian
dalam rundingan, hendaklah di panggil kembali sekalian ketua-ketua Melayu yang
telah berhijrah dari Selatan Siam dan kerajaan Siam perlu memberitahu kepada
wakil-wakil kuasa besar di Bangkok tentang adanya rundingan itu.
Kemuncak
kesabaran orang Melayu telah mengakibatkan satu pertubuhan baru diwujudkan
iaitu Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR) yang ditubuhkan di Kelantan pada
1948.[Tujuan utama penubuhan ini ialah untuk menyatukan masyarakat Melayu Islam yang
berada di Selatan Thai dan di Tanah Melayu, membentuk hubungan erat dikalangan
masyarakat Melayu yang berada diluar negeri dengan yang berada di dalam negeri
serta meningkatkan kehidupan yang bermutu, dan mewujudkan kerjasama dan tolong
menolong antara satu sama lain. Walau
bagaimanapun, objektif sebenar GEMPAR seperti yang dinyatakan dalam arahan
rahsia yang diberikan kepada ahlinya adalah untuk penyatuan empat wilayah
Selatan Siam ke dalam satu negeri dibawah Persekutuan Tanah Melayu dan
penamatan pemerintahan Siam melalui propaganda dan pembentukan jawatankuasa
rahsia revolusi. Daripada pembentukan tersebut GEMPAR telah menyebarkan keadaan
penderitaan masyarakat Melayu di Selatan Thai sama ada didalam atau diluar
Malaya. Pada Mac 16, 1948, GEMPAR telah mengeluarkan isu di risalah yang
bertajuk “Beberapa Fakta Tentang Masyarakat Melayu diSelatan Siam”. Risalah ini
telah diedarkan pada pihak media dan juga telah dihantar melalui telegram
kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). GEMPAR
juga telah melibatkan wartawan British dalam menyebarkan kesengsaraan
masyarakat Melayu Selatan Thai iaitu Miss Barbara. Miss Barbara
Wittingham-Jones telah melawat Patani selepas Perang Dunia tamat dan beliau
telah menulis tentang keadaan sebenar yang berlaku di Patani dalam akhbar Straits Times, di Singapura pada
keluaran 1 Disember. Penulisan beliau telah membuka mata pihak antarabangsa tentang apa yang sedang
di alami oleh masyarakat Islam Patani.
Ketegangan
yang berlaku telah menyebabkan kerajaan Thailand mengambil tindakan dengan
mengakui berlakunya pergolakan semasa diSelatan Thai ketika perdebatan dasar
dalaman di parlimen. Perdebatan tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Melayu Selatan Thai telah dibangkitkan oleh Haji Abdul Wahab iaitu senator
Muslim dan pengerusi Majlis Pusat Islam. Beliau telah menyalahkan pihak
pentadbiran dalam hal yangberlaku di wilayah Selatan dan beliau menggesa supaya
tindakan diambil bagi meredakan keadaan. Beliau turut menekankan agar
perlantikan Chularajamontri yang baru
diadakan. Khuang Aphaiwong memberi jaminan bahawa jawatankuasa khas akan
ditubuhkan bagi menyiasat keadaan yang berlaku di Selatan Thai dan beliau juga
akan memastikan bahawa kebebasan sepenuhnya akan diberikan dalam ibadah dan
Bahasa Melayu akan diajar dalam sekolah rendah. Walau bagaimanapun kerajaan pimpinan Khuang Aphaiwong tidak bertahan lama kerana
Phibul Songram telah berkuasa kembali. Phibul
mengetahui bahawa ketika era pemerintah pertamanya, beliau telah membangkitkan
tentangan orang Melayu, maka pada era pemerintahan yang kedua ini beliau telah
melantik Che Abdullah Langputih sebagai Menteri Khusus di Kementerian Pelajaran dan mengharapkan ia dapat meredakan ketegangan yang berlaku. Walau bagaimapun,
masyarakat Islam di Selatan Thai tidak terpengaruh dengan pimpinan baru yang
cuba dibawa oleh beliau kerana mereka lebih memihak kepada Haji Sulong. Selepas
17 hari pemerintahan Phibul telah berlaku satu rusuhan di Dusun Nyior yang terletak
di daerah Range Narathiwat dan ekoran daripada peristiwa tersebut Phibul telah
membentuk jawatankuasa khas seramai lima orang untuk menyelesaikan masalah ini.
Che Abdullah Langputih telah memberi cadangan supaya kerajaan menjemput Tengku
Mahyudidin yang berada di Tanah Melayu datang berunding dengan kerajaan di
Bangkok.
Selain
itu ahli Dewan Senat dan ketua Liga Islam Thai juga turut mengemukakan beberapa
tuntutan supaya kerajaan melakukan beberapa reformasi di Selatan Thai. Dalam
tuntutan tersebut mereka mencadangkan kerajaan melantik Gabenor Besar di empat
wilayah, menambah bilangan orang Muslim sebagai pegawai tinggi, dan diberikan
kebebasan dalam agama budaya dan pendidikan.Namun ianya tidak dihiraukan oleh Phibul. Pada pertenghan Jun 1952, Haji Sulong
telah dibebaskan dan sekembalinya beliau, beliau telah berperanan sebagai Tuk
Guru dan mengajar semula masyarakat umum di madrasahnya. Disebabkan beliau
mempunyai pengaruh yang masih kuat, kerajaan bimbang sekiranya beliau
menggunakan kesempatan ini untuk menghasut para pelajarnya. Oleh yang demikian
Gabenor Kawasan 9 telah mengeluarkan arahan untuk beliau menutup majlis ilmu
yang diadakan dan Haji Sulong tidak dibenarkan lagi mengajar. Haji Sulong telah
bertindak balas dengan menghantar telegram kepada Luang Sunavin Viwat dan menjelaskan bahawa beliau tidak berniat
untuk menghasut mana-mana pelajarnya menentang kerajaan Thailand. Pada hari
jumaat Haji Sulong bersama Wan Seman Muhammad, Che Ishak Yusof dan Ahmad bin
Haji Sulong telah berangkat dari Patani ke Songkla kerana telah dipanggil oleh
Kolonel Bunlert , Ketua Polis Santiban yang bermarkas di Songkla. Beberapa hari
selepas itu tersebar berita bahawa Haji Sulong dan mereka yang bersamanya telah
hilang. Akibat daripada peristiwa tersebut ketegangan di Selatn Thai telah
meningkat.
Terdapat
beberapa pertubuhan besar orang Melayu Islam di Patani selepas ketiadaan Haji
Sulong. Antaranya ialah Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) telah
ditubuhkan pada tahun 1959, Barisan Revolusi Nasional (BRN) pada tahun 1960 dan
Patani United Liberation Organization (PULO) pada tahun 1968. BnPP kemudiannya
menjadi Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP). Selain itu, semakin banyak
kumpulan pemisah bersenjata yang muncul dan menentang pihak tentera Thai dan
pihak polis pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an sehinggalah tahun 1980-an.
Kemudiannya BRN berpecah kepada BRN Congress, BRN-Ulama (para sarjana), dan BRN
Coordinate. Pada tahun 1989 sebuah gabungan pergerakan pemisah Barisan
Kemerdekaan Patani Bersatu telah dibentuk. Operasi kedua-dua kumpulan
penjenayah tempatan dan aktiviti-aktiviti pencegahan pemberotakan oleh polis
dan tentera telah menyebabkan wilayah selatan Thai sentiasa bergolak.
Rumusan
Masyarakat Islam Patani merasa tidak
selesa duduk di bawah penguasaan kerajaan Siam apabila kerajaan Islam Selatan
Thai jatuh ke tangan tentera Siam dalam siri peperangan dan lebih memburukan
keadaan apabila wilayah Patani turut di iktiraf sebahagian daripada Siam oleh
British. Akibat daripada itu, masyarakat Islam Selatan Thai terpaksa menerima
dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Thailand. Namun apabila dasar Rathaniyom diperkenalkan, masyarakat Selatan
Thai telah menunjukan reaksi yang negatif kerana dasar tersebut dirasakan telah
menindas kepercayaan, adat resam serta budaya masyarakat Melayu Islam kerana
mereka perlu membuang apa-apa gaya hidup yang tidak menggambarkan masyarakat
Thai yang secara tidak langsung terpaksa mengetepikan ajaran agama Islam
seperti etika pemakaian yang perlu mengikut gaya barat. Akibat daripada penindasan tersebut, Haji
Sulong telah berjuang dalam menyelamatkan masyarakat Selatan Thai dengan
mengembalikan ajaran Islam melalui penubuhan sekolah. Walau bagaimanapun,
kerajaan Thailand telah menangkap beliau kemudian membunuhnya. Akibat daripada
pembunuhan beliau satu gerakan telah di atur bagi membuat serangan balas
terhadap kerajaan Thai.


You are looking for a real financial loan company to procure a loan of 10,000 euros to 10,000,000 euros (for commercial or business loans, personal loans, personal loans, mortgage loans, car loans, debt consolidation loans, venture capital loans, health loans etc.))
ReplyDeleteOr is he denied a loan from a bank or financial institution for any reason?
Apply now and get a real financial loan. Processed and approved in 3 days.
PACIFIC FINANCIAL LOAN FIRM We are an international loan lender which provides real financials to individuals and companies at a low interest rate of 2% with a valid identity card or international passport of your country for verification.Loan repayments start at 1 (one) year after the loan is received and the repayment period is 3 to 35 years.
For an immediate response and process your application for the border within 2 business days
Contact us directly through this mail: pacificfinancialloanfirm@gmail.com
Contact us with the following information:
Full name: ____________________________
The amount of money needed as a loan: ________________
Credit term: _________________________
The purpose of the loan: ______________________
Birthday: ___________________________
Gender: _______________________________
Marriage Status: __________________________
Contact address: _______________________
City / ZIP Code: __________________________
Country: _______________________________
Occupation: ____________________________
Mobile phone: __________________________
Send your request for an immediate response to: pacificfinancialloanfirm@gmail.com
thank
Chief Executive Officer Mrs. Victoria Johnson