Wajarkah PPSMI 2.0


PPSMI yang dilaksanakan pada tahun 2003 telah gagal dan dimansuhkan secara berperingkat bermula 2009 sehingga ia dapat dihapuskan sepenuhnya pada tahun 2015 melalui MBMMBI. Sebanyak RM 3 bilion telah dibelanjakan bagi melaksanakan PPSMI pada tahun 2003. Kajian yang dilaksanakan oleh M.Puspanathan Mayan menunjukkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kohot pertama menunjukkan penurunan gred A bagi mata pelajaran Sains iaitu sebanyak 2.0 peratus. Manakala penurunan 0.3 peratus bagi subjek Matematik. Selain itu, jurang pencapaian peperiksaan  luar bandar dan bandar juga dilihat semakin ketara selepasa dasar PPSMI dilaksanakan. Faktor ini dikaitkan dengan kekurangan sumber serta kepakaran guru luar bandar. 

Kajian juga mendapati bahawa guru tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sewaktu mengajar dan lebih cenderung menggunakan dwibahasa. Malahan kedudukan Malaysia di dalam laporan Trens in Mathematics Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA) turut selari dengan keadaan bagi mata pelajaran sains dan Matematik di Malaysia yang semakin keterbelakang berbanding kedudukan sebelum PPSMI dilaksanakan iaitu di kedudukan ke-20  bagi mata pelajaran Matematik pada 2003 yang jatuh 10 anak tangga. Manakala bagi Sains pula di tempat ke 21, jatuh satu anak tangga. Tambah berdukacita lagi apabila laporan PISA menyatakan bahawa Malaysia di bawah gred purata antarabangsa. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa kegagalan ini adalah berpunca daripada penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan murid serta guru apabila PPSMI dilaksanakan. 

Jadi seharusnya Tun memperkasakan Bahasa Inggeris atau melaksanakan kembali PPSMI 2.0 ? Atau adakah Tun lupa bahawa kita mempunyai Dual Language Programme (DLP) yang memberikan pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk memilih penggunaan Bahasa Inggeris bagi pembelajaran dan pengajaran untuk mata pelajaran Matematik dan Sains. DLP diwujudkan selepas kegagalan PPSMI menunjukkan bahawa kerajaan sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris diperingkat antarabangsa dan juga peningkatan akses untuk penerokaan ilmu bagi pelbagai bidang. Selain itu, DLP juga dilihat lebih adil kepada murid-murid luar bandar berbanding PPSMI yang dilihat sebagai satu kaedah pemaksaan dalam kalangan murid untuk belajar di dalam Bahasa Inggeris. Tambahan pula, perlaksanaan kembali  PPSMI tidak mempunyai keperluan kerana di dalam DLP terdapat PPSMI.





Comments

Popular posts from this blog

Bagi Gelandangan Makan

Graduan ISM Sailang Peluang Penempatan Graduan ISMP

Bab 2 : Perdagangan dan Politik