Krisis Ekonomi Greece
Kegagalan Greece dalam Memulihkan Ekonomi
1.0 Abstrak
Pada akhir tahun 2009, Greece yang merupakan salah satu daripada 28 anggota Kesatuan Eropah (EU) telah menghadapi krisis ekonom. Krisis ini berpunca daripada pengurusan ekonomi yang lemah dan perbelanjaan yang tidak efisien. Sehubungan dengan itu kerajaan Greece telah meminta bantuan daripada EU dan Dana Wang Antarabangsa (IMF) bagi membantu menyelamatkan ekonomi Greece. Hasil daripada bantuan dan pinjaman tersebut ia telah digunakan untuk membiayai kos operasi awam dan membayar hutang kerajaan Greece. Walau bagaimanapun komitmen pinjaman yang diberikan serta keyakinan terhadap ekonomi dan sistem kewangan EU terus diragui. Tambahan pula, pilihan yang terbuka kepada Greece untuk memperbaiki ekonominya mempunyai risiko yang sangat tinggi. Jika masalah ekonomi yang dihadapi oleh Greece ini tidak diselesaikan maka ia boleh mengheret ekonomi Eropah ke kancah kemelesetan kerana industri pelancongan yang merupakan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara mengalami kemerosotan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara.
2.0 Pengenalan
Greece mempunyai ekonomi kapitalis dengan sektor awam kira-kira 40 peratus daripada KDNK dan KDNK per kapita kira-kira dua pertiga ekonomi zon euro. Pelancongan menyediakan 18 peratus daripada KDNK. Pekerja asing menyumbangkan hampir satu perlima daripada tenaga kerja, terutamanya dalam bidang pertanian dan pekerjaan tidak mahir. Secara puratanya ekonomi Greece berkembang sebanyak 4 peratus setiap tahun dari tahun 2003 sehingga 2007. Namun pada tahun 2009, ekonomi Greece mengalami masalah akibat daripada krisi kewangan dunia, pengetatan syarat kredit dan kegagalan Athens untuk mengatasi defisit belanjawan yang semakin meningkat.
Menjelang 2013 ekonomi Greece telah mengucup sebanyak 26 peratus berbanding dengan tahap sebelum krisis pada tahun 2007. Pada tahun 2008, pengangguran telah meningkat sebanyak 28 peratus. Dua industri terbesar Greece iaitu pelancongan dan perkapalan terjejas teruk oleh kemelesetan dengan pendapatan jatuh sebanyak 15 peratus. Hutang kerajaan Greece telah mencecah sehingga 113 peratus manakala defisit perbelanjaan kerajaan pula 13.6 peratus dari KDNK pada 2009. Kedudukan sektor awam menjadi genting sehingga pendapatan kerajaan tidak cukup untuk membayar gaji kakitangan awam.
Sejak krisis hutang Greece bermula banyak bank-bank antarabangsa dan pelabur asing menjual bon mereka dan berharap bahawa mereka tidak terdedah dengan apa yang berlaku di Greece serta pada masa yang sama negara-negara lain yang menghadapi krisis di zon euro seperti Portugal, Ireland dan Sepanyol telah mengambil langkah membaik pulih eknomi mereka agar tidak terdedah kepada penularan pasaran yang tidak baik.
3.0 Mata Wang Drachman
Masalah yang dihadapi oleh Greece telah menjadi isu hangat di Eropah kerana masyarakat Eropah khususnya anggota EU bimbang kesan krisis ekonomi Greece memberikan ancaman terhadap ekonomi Eropah. Krisis ekonomi yang berlaku di Greece telah menyebabkan kerajaan Greece hampir kehabisan tunai. Tambahan pula oleh disebabkan Greece menggunakan mata wang Euro maka Greece tidak boleh mencetak wangnya sesuka hati kerana pencetakan wang hendaklah melalui Bank Pusat Eropah(ECB). Menurut pakar ekonomi, krisis kewangan, Greece sangat membimbangkan sekiranya mereka gagal membayar hutang dan terpaksa keluar daripada Euro maka ia mungkin akan membuat kejutan kewangan global yang lebih besar daripada keruntuhan Lehman Brothers lakukan. Lehman Brothers merupakan bank Amerika Syarikat yang telah mengalami krisis kewangan terbesar dalam sejarah. Pada 15 September 2008 Lehman Brothers telah di isytiharkan muflis dengan asset bernilai $639 000 000 000. Manakala hutang sebanyak $619 000 000 000. Maka ada desas desusu yang menyatakan Greece harus mengembalikan penggunaan mata wang asal mereka bagi membaiki ekonomi mereka akibat daripada penerimaan bailout sebanyak tiga kali.
Namun ada juga beberapa golongan tidak bersetuju penggunaan mata wang Drachma kerana mereka khuatiri mata wang tersebut tidak laku. Penggunaan mata wang Drachma Greece mungkin tidak seburuk yang disangka oleh orang lain. Drachma merupakan mata wang Greece sebelum menyertai Euro. Jika Greece meninggalkan Euro, semua mata wang Greece akan bertukar kepada Drachma. Peralihan mata wang Greece menjadi kebimbangan besar kerana penggunaannya akan menjadikan Drachman tidak bernilai. Oleh yang demikian, rakyat Greece tetap mahu negaranya menganggotai anggota Zon Euro daripada kembali kepada penggunaan mata wang Drachma walaupun berhadapan dengan penutupan bank-bank serta kekurangan wang tunai dalam automated teller machine (ATM).
Menjadi persoalan, mampukah kerajaan Greece mencetak wangnya sendiri kerana mencetak nota wang yang tidak dibenarkan itu merupakan pengisytiharan perang ke atas Bank Pusat Eropah. Sekiranya Greece menggunakan mata wang Drachma akibat daripada pengunduran mereka dari Zon Euro maka inflasi akan melambung. Barang-barang import seperti makanan dan minyak mungkin perlu di catu. Manakala syarikat-syarikat yang meminjam dalam Euro akan muflis dan kerajaan perlu mengimbangi bajet mereka dengan segera. Tetapi selepas beberapa tahun ekonomi Greece akan kembali stabil kerana matawangnya lebih murah dan eksportnya akan lebih berdaya saing serta akan menarik tumpuan pengunjung semula memandangkan Greece sememangnnya tempat tumpuan pelancong.
Walaupun penurunan nilai mata wang akan menjadi kebimbangan orang Greece, lama kelamaan ia akan membantu negara merangsang ekonomi serta membuat eksportnya lebih murah. Bagi orang-orang Greece, barangan tempatan juga akan mungkin jauh lebih murah daripada import. Roger Bootle, pengasas pasaran yang berpangkalan di London dan kumpulan analisis ekonomi Capital Economics, menganggarkan bahawa 30 peratus penurunan dalam mata wang Greece akan meningkatkan ekonomi negara sebanyak 20 peratus. Itu mungkin akan membantu mata wang Greece pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, Greece masih mempunyai pilihan bagi mempengaruhi mereka dalam menentukan hala tuju negara mereka sama ada mahu menggunaan matawang Drachman atau tidak.
4.0 Pinjaman Penjimatan
Krisis hutang Eropah yang juga disebut sebagai krisis Zon Euro atau krisis hutang kerajaan di Eropah adalah krisis beberapa tahun yang telah berlaku di EU sejak akhir tahun 2009. Beberapa negara anggota Euro seperti Greece, Portugal, Ireland, Itali, Sepanyol dan Cyprus telah menghadapi masalah kewangan sehingga gagal untuk membiayai semula hutang kerajaan mereka serta menghadapi kesukaran dalam menyelamatkan bank-bank negara mereka tanpa menggunakan bantuan pihak ketiga iaitu negara-negara Zon Euro lain, Pusat ECB dan IMF yang juga disebut sebagai Trioka. Bagi menyelamatkan ekonomi Greece, kerajaan terpaksa menerima bantuan kewangan daripada IMF dan EU sebanyak tiga kali. Pada bulan April 2010 sebuah agensi kredit utama telah mentarafkan hutang kerajaan Greece mungkin berada pada tahap yang rendah dan pada Mei 2010, IMF dan kerajaan Zon Euro telah menyediakan bantuan kecemasan sebanyak $147 billion supaya Greece boleh membuat pembayaran balik hutang kepada pemiutang. Dalam pertukaran penjimatan yang terbesar pernah dilakukan, kerajaan mengumumkan pemotongan pembelanjaan gabungan dan kenaikan cukai berjumlah $40 billion dalam tempoh tiga tahun. Greece walau bagaimanapun menghadapi kesukaran dalam memenuhi sasaran yang telah ditetapkan oleh EU dan IMF terutamanya selepas Eurostat (pejabat statistik EU) menyemak defisit dan hutang Greece pada tahun 2009 dan 2010.
Para pemimpin Eropah dan IMF bersetuju untuk menyediakan bailout kedua yang bernilai $169 billion kepada kerajaan pusat Athens. Perjanjian bailout kedua telah memanggil pemegang bon kerajaan Greece untuk menulis secara jelas sebahagian besar pegangan bon yang mereka miliki dan akan cuba untuk membantu Greece dengan bahagian pegangan bon yang dimiliki oleh pemegang bon. Walau bagaimanapun bank-bank Greece telah dibebani dengan sebahagian besar hutang kerajaan yang telah terjejas teruk dan $60 billion daripada pakej kedua bailout telah di asingkan bagi memastikan sistem perbankkan telah dimodalkan secukupnya. Dalam pertukaran bailout kedua, Greece telah berjanji untuk meningkatkan usaha kutipan cukai bagi mengurangkan saiz kerajaan dan mengawal perbelanjaan kesihatan. Langkah-langkah penjimatan telah disusun bagi menjana $7.8 billion simpanan semasa pada 2013 hingga 2015. Pada pengundian bailout yang ketiga rakyat mempunyai dua pilihan dalam menerima permintaan Troika bagi menambah austerity dan terus menerima bantuan dari negara luar atau rakyat Greece boleh menolak Troika yang akan memberi kesan ke atas hutang Greece dan kemungkinan Greece akan keluar dari Zon Euro. Jika rakyat menerima perjanjian tersebut maka cukai akan meningkat dan pencen akan dipotong. Manakala jika rakyat Greece menolak tawaran tersebut maka Greeece akan gagal membayar hutang dan tidak boleh menggunakan Euro sebagai matawang serta terkeluar dari Zon Euro.
Menteri pembangunan Greece menggesa rakyat mengundi “tidak” untuk menentang rundingan tersebut. Begitu juga dengan Perdana Menteri Greece. Jika Greece menggunakan mata wang sendiri (Drachma) dan mencetaknya dengan banyak sekali, ia akan merendahkan nilai mata wang. Drachma yang murah ini akan membuatkan Greek dalam keadaan baik kerana ia akan menarik warga asing untuk melabur dan meningkatkan eksport dan mencipta peluang pekerjaan. Kadar inflasi turut akan membantu bebanan hutang negara. Ini semua lebih baik berbanding Greece yang berterusan di dalam keadaan kegawatan sejak krisis kewangan 2008. Presiden EC, Jean-Claude Juncker pula berharap orang Greece mengundi “Ya” bagi menerima syarat-syarat perjanjian. Akhirnya, majoriti rakyat Greece telah memilih tidak dalam rundingan tersebut yang menolak permintaan penjimatan Eropah. Rang undang-undang reformasi telah membuka jalan bagi kemasukan bantuan kewangan bernilai $ 94 bilion yang telah diluluskan dengan undian sebanyak 229 daripada 300 undian. Terdapat 64 suara terhadapnya menentang penjimatan tersebut dan enam yang lain bersifat berkecuali.
Terdapat pemberontakan dalam dan di luar parlimen semasa undi. Beberapa pihak dari Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras sendiri mengundi menentang langkah itu, dan sehingga 10,000 penunjuk perasaan anti-penjimatan telah keluar seluruh ibu negara Greece sebagai tanda tidak berpuas hati dengan penerimaan perjanjian tersebut. Beberapa perhimpunan menjadi ganas dan polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan pembaling bom petrol. Walaupun cadangan kontroversi telah diluluskan, Tsipras kehilangan sokongan daripada ahli-ahli parti Parlimen Syriza. Kesemua penjimatan yang diterima oleh kerajaan Greece oleh pihak Troika memberi kesan kepada rakyat dan tidak terkecuali industri pelancongan yang merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara.
5.0 Pelancongan Greece
Greece mempunyai nilai sejarah yang sangat berharga daripada pelbagai aspek baik daripada ekonomi, politik dan sosial kerana pada suatu ketika dahulu ia merupakan empayar Yunani yang megah. Kedudukan yang strategik serta nilai sejarah yang tinggi membuatkan industri perlancongan Greece kebal dan tidak tergugat akibat daripada krisis ekonomi yang melanda negara tersebut pada tahun akhir 2009. Menurut Majlis Kembara & Pelancongan Dunia (WTTC) pada tahun 2014, sumbangan tidak langsung pelancongan adalah 29.4 billion euro atau 17.3 peratus daripada KDNK dengan seramai 700 000 pekerja yang bekerja di industri pelancongan. Sumbangan tidak langsung pelancongan kepada KDNK kemudiannya meningkat lagi sebanyak 3.2 peratus pada tahun 2015. Walau bagaimanapun tempahan penginapan di kawasan-kawasan pelancongan dari dalam negara serta luar negara mencatatkan penurunan mendadak selepas kawalan modal sementara yang wujud pada 29 Jun. Namun selepas pengunguman pakej penjimatan ketiga, peningkatan tempahan tempat-tempat penginapan di Greece telah meningkat kembali. Rakyat Greece yang bekerja di industri pelancongan sangat yakin akan kebolehpasaran industri pelancongan terhadap tempahan penginapan pengunjung dari luar negara meskipun mengalami penurunan tempahan penginapan dari pelancong dalam negeri.
Bagi meyakinkan pelancong asing, Kementerian Pelancongan Greece telah menyatakan bahawa tiada had-had pengeluaran wang yang dikenakan terhadap pengguna kredit asing atau debit meskipun pengeluaran tunai oleh rakyat Greece di mesin pengeluaran tunai hanya boleh dikeluarkan sebanyak $67 sehari. Walau bagaimanapun perniaga yang terlibat dengan industri pelancongan bimbang akan kenaikan nilai cukai akibat daripada perjanjian penjimatan yang akan mengakibatkan kejatuhan industri pelancongan. Hal ini kerana selepas rundingan penjimatan dipersetujui maka cukai dalam pelbagai barang dan perkhidmatan serta setiap produk untuk teksi dan restoran telah meningkat pada 16 Julai 2015 dari 13 peratus kepada 23 peratus. Manakala cukai jualan penginapan bilik hotel pula meningkat dari 6.5 peratus kepada 13 peratus kerana kerajaan Greece telah melaksanakan pembaharuan dalam pulangan untuk pakej penjimatan yang ketiga. Para peniaga yang terlibat dengan kenaikan cukai tersebut terpaksa mengimbangi cukai yang tinggi dengan harga jualan yang lebih rendah bagi mengekalkan pelanggan mereka. Dianggarkan bahawa kenaikan cukai baru di Greece bernilai €1500 ($1 625) bagi setiap tahun secara purata dalam usaha untuk menjana hasil kerajaan sebanyak 5 billion Euro. Greece sangat bergantung kepada industri pelancongan dalam menjana serta meningkatkan pendapatan negara maka kenaikan harga cukai terhadap pelbagai aspek yang melibatkan pelancongan merupakan sasaran utama kerajaan.
Kenaikan cukai yang berkuatkuasa akan memberikan kesan kepada enam pulau yang popular dengan pelancong seperti Mykonos, Naxos, Paros dan Santorini di Nusantara Cyclades, sebahagian kecil Aegean Skiathos, dan sebahagian besar Dodecanese Rhodes. Pada 1 Oktober pulau-pulau ini akan kehilangan pelbagai subsidi value added tax (VAT) yang telah membenarkan mereka untuk mengurangkan harga pada barang-barang yang penting untuk industr pelancongan. Rakyat bimbang kenaikan VAT akan memberikan kesan negatif kepada industi pelancongan kerana subsidi yang berkaitan dengan pelancongan telah dibatalkan berikutan industri pelancongan berjaya bertahan akibat daripada krisis ekonomi sejak dua tahun lepas. Mykonos, Naxos, Paros , Santorini, Skiathos dan Rhodes adalah destinasi pertama yang akan terjejas. Perubahan kepada kadar VAT di pulau-pulau yang lain akan dilakukan secara berperingkat, dengan beberapa pulau-pulau akan dikekalkan subsidi mereka sehingga Jun tahun ini (Jun 2016). Pihak berkuasa pelancongan di Greece mengatakan bahawa kesan ke atas pelancong adalah minimum dan mereka tidak menjangka penurunan jumlah pengunjung merupakan kesan daripada kenaikan VAT.
6.0 Rumusan
6.0 Rumusan
Krisis ekonomi yang berlaku di Greece telah memaksa kerajaan Greece menerima penjimatan dan bantuan kewangan daripada negara Eropah lain serta IMF yang pada hematnya tidak banyak membantu dalam memperbaiki masalah kewangan Greece kerana pada akhirnya kerajaan Greece digesa untuk membayar kembali wang penjimatan yang diterima dengan kadar faedah sekali. Selain itu, krisis ekonomi yang dialami oleh Greece turut menyebabkan Greece boleh terkeluar daripada zon Euro dan terpaksa menggunakan matawang mereka sendiri iaitu Drachma yang dilihat mempunyai nilai yang rendah. Walau bagaimanapu, penganalisis ekonomi menegaskan bahawa Greece akan dapat keuntungan daripada penggunaan Drachma setelah beberapa tahun. Seterusnya, industri pelancongan yang menjadi penyumbang terbesar Greece pada awalnya kebal dengan masalah yang di hadapi Greece. Namun setelah kerajaan menerima penjimatan kali ketiga, industri tersebut mengalami masalah selepas kerajaan menaikan beberapa cukai yang mempunyai kaitan dengan industri tersebut.
*Penafian: Penulis bukan merupakan orang yang berada di dalam bidang ekonomi. Penulisan ini bagi memenuhi tugasan Eropah abad ke 16 - 20 bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (sejarah). Nota kaki sengaja digugurkan bagi mengelakkan plagarisme.



Comments
Post a Comment