Mahatma Ghandi
Mahatma Ghandi atau nama sebenarnya Mohandas Karamchand Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Barat Laut India yang terletak di Porbandar. Beliau berasal daripada keluarga yang elit dimana bapanya bekerja dengan kerajaan sebagai Ketua Menteri Porbandar. Manakala ibunya adalah seorang yang taat pada Tuhan dan banyak menghabiskan masa di kuil dan kerap berpuasa. Ibunya memegang etika Hindu dengan kuat dan menekanan kepada vegetarianisme, toleransi agama serta gaya hidup yang mudah dan bukan berbentuk keganasan. Keluarga Gandhi kemudiannya berhijrah ke bandar berhampiran yang bernama Rajkot. Di sana beliau telah mendapat pendidikan yang lebih baik dan diajar untuk berbahasa Inggeris. Pada usia 13 tahun, beliau telah berkahwin dengan Kasturba iaitu seorang gadis tempatan yang berusia 14 tahun. Mahatma Ghandi telah menyambung pengajiannya dalam jurusan undang-undang di London. Ketika beliau di sana, beliau telah terdedah dengan idea-idea baru dalam budaya dan masyarakat British.
Selepas mendapat lesen dalam perundangan beliau telah pergi ke Afrika Selatan sebagai penasihat rasmi kepada perdagangan dan perkapalan syarikat India. Mahatma Ghandi mula mendapat ilham tentang ideologinya semasa beliau berada di Afrika Selatan yang sedang mengalami evolusi politik. Ketidak samarataan dan diskrimisani yang berlaku di sana amat mengejutkan beliau. Pada tahun 1893 iaitu ketika Mahatma Ghandi tiba di Afrika Selatan, Afrika Selatan terbahagi kepada dua kolonial British iaitu Cape dan Natal serta dua lagi kolonial Belanda iaitu Transvaa dan Orange Free state. Populasi India di Afrika Selatan adalah lebih kurang tiga peratus daripada populasi negara tersebut. Masyarakat India menikmati beberapa hak kemanusiaan di Afrika Selatan walaupun sebahagian besar daripada mereka merupakan mangsa perkauman dan prejudis British.
Manakala di kolonial Belanda pula, masyarakat India di larang untuk mengundi dalam pilihan raya tempatan serta dilarang untuk memiliki hartanah dikebanyakan tempat. Pada tahun 1894, Mahatma Ghandi dan beberapa aktivis hak kemanusiaan India di Afrika Selatan telah mewujudkan kongres Natal India dan kongres tersebut komited dalam mengumpulakan suara politik masyarakat India di Afrika Selatan. 14 tahun kemudiannya Mahatma Ghandi telah mengasaskan Penyelesaian Phoenix dimana pengikut dan rakan-rakan beliau iaitu orang-orang India dan Eropah telah melaksanakan kajian dengan penduduk setempat. Pada tahun 1906, beliau telah mengorganisasikan satu kempen iaitu satyagraha yang bermaksud bantahan awam tanpa menggunakan kekerasan kesan daripada Akta Transvaal Asiatic yang memerlukan pendaftaran dan cap jari daripada semua kaum India yang tinggal di Transvaal. Beliau telah kembali ke India setelah strategi protes telah dilaksanakan di Afrika Selatan.
Pada tahun 1919, Mahatma Ghandi telah membantu menganjurkan protes di seluruh negara terhadap Akta Rowlatt, undang-undang tersebut bertujuan untuk menekan nasionalisme India melalui penggantungan kebebasan awam India, terutama hak organisasi awam dan protes pada tahun yang sama juga merupakan usaha untuk mengekalkan ketenteraman awam. Tentera British bersenjata telah membunuh lebih daripada 350 orang India yang tidak bersenjata ketika berkumpul untuk meraikan perayaan keagamaan Sikh. Berikutan daripada kejadian tersebut Mahatma Gandhi telah menganjurkan satu boikot secara besar-besaran terhadap barangan dan cukai kerajaan British dan menggalakkan penggunaan barangan tempatan. Akibat daripada tindakan tersebut beliau telah ditahan serta didakwa atas tuduhan menghasut dan percubaan ini dikenali sebagai “The Great Trial”. Beliau mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak melanggar undang-undang tetapi hanya membantah ketidaksamaan dalam masyarakat India.
Beliau dihukuman enam tahun penjara, tetapi dibebaskan selepas dua tahun. Dalam bantahan Akta Garam (1882), yang melarang kaum India daripada membuat garam mereka sendiri, Mahatma Gandhi telah mengetuai perarakan 200 batu dari Ashram di Ahmedabad ke bandar Pantai Dandi (Gujarat). Apabila dia tiba di Dandi, Gandhi melutut dan simbolik mengambil kepingan semula jadi garam yang tidak diproses dari pantai.Beliau telah mendapat sokongan meluas di seluruh India dan memberi inspirasi ribuan masyarakat India untuk mencontohinya bahawa keingkaran awam bukanlah satu keganasan. Pihak berkuasa British telah menahan lebih daripada satu ratus ribu penunjuk perasaan, termasuk dirinya sendiri, tetapi terpaksa melepaskan Gandhi dan pemimpin India yang lain bagi menamatkan protes yang berlaku. Pada tahun 1942, Mahatma Ghandi telah melancarkan pergerakan “Quit India”. Kongres Kebangsaan India telah meluluskan resolusi yang menuntut British mengiktiraf kemerdekaan India.
Dalam menyokong resolusi tersebut, Mahatma Ghandi telah melancarkan kempen satyagraha yang terakhir diseluruh negara. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Parti Buruh yang berkuat kuasa di British telah memimpin India dalam menubuhkan India sebagai sebuah kerajaan yang merdeka. Dengan perkhabaran bahawa India akan merdeka ketegangan diantara penganut Hindu dan Muslim telah berlaku kerana kedua-dua belah pihak tidak bersedia untuk bekerjasama. Maka hal ini telah mencetuskan pemisahan India kepada dua negara. Ogos 14 1947, India mengisytiharkan kemerdekaan dan negara tersebut terbahagi kepada dua iaitu India dengan populasi masyarakat Hindu terbesar manakala Pakistan dengan populasi masyarakat Muslim terbesar, Jawaharlal Nehru menjadi president pertama India manakala Muhammad Ali Jinnah menjadi pemimpin Islam di Pakistan. Pada 30 Januari , Gandhi dibunuh oleh seorang nasionalis Hindu. Beliau ditembak sebanyak tiga kali di dada, Gandhi meninggal dunia pada usia 78.
The Famous People. Mahatma Ghandi Biography. Diperolehi daripada
http://www.thefamouspeople.com/profiles/mahatma-gandhi-55.php
Gandhi: Reckless teenager to father of India . BBC UK. Diperolehi daripada
http://www.bbc.co.uk/timelines/zpdqmp3

Comments
Post a Comment