Wajarkah PPSMI 2.0
PPSMI yang dilaksanakan pada tahun 2003 telah gagal dan dimansuhkan secara berperingkat bermula 2009 sehingga ia dapat dihapuskan sepenuhnya pada tahun 2015 melalui MBMMBI. Sebanyak RM 3 bilion telah dibelanjakan bagi melaksanakan PPSMI pada tahun 2003. Kajian yang dilaksanakan oleh M.Puspanathan Mayan menunjukkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kohot pertama menunjukkan penurunan gred A bagi mata pelajaran Sains iaitu sebanyak 2.0 peratus. Manakala penurunan 0.3 peratus bagi subjek Matematik. Selain itu, jurang pencapaian peperiksaan luar bandar dan bandar juga dilihat semakin ketara selepasa dasar PPSMI dilaksanakan. Faktor ini dikaitkan dengan kekurangan sumber serta kepakaran guru luar bandar. Kajian juga mendapati bahawa guru tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sewaktu mengajar dan lebih cenderung menggunakan dwibahasa. Malahan kedudukan Malaysia di dalam laporan Trens in Mathematics Science Study (TIMSS) dan Progra...