Menangis Masa Temuduga DG41
Calon Temuduga Sejarah
Aku calon pukul 7.30. Jadinya kena datang awal sebab nak beratur ambil pass pelawat.Nombor telefon akan ditanya dan nanti IC akan dipulangkan.
Untuk dapatkan pass pelawat kita kena sediakan IC dan lesen. Kalau tak ada lesen kena la bagi kad bank. Lesen kita akan dijadikan sebagai cagaran untuk dapatkan pass pelawat.
Sebelum IV berkobar-kobar nak datang awal sebab taknak beratur panjang. Tapi last minutes Amir kata boleh hantar, jadi tunggu punya tunggu pukul 6.15 pagi baru Amir sampai rumah. 6.20 gerak daripada Cheras dan sampai Putrajaya dalam pukul 6.50. Nasib baik aku sejenis dapat adik yang bijak, dia drop aku betul-betul depan guard house yang kita kne beratur ambil pass.
Tapi macam segan lah depan-depan tu kena drop lepas tu keluar cermin mata berkabus. Aduhhhh tak nampak apa. Aku hangkut semua file-file letak tepi. Lepastu dok ralit lap cermin mata. Kahkahkah sekali aku salah beratur. Rupanya aku dah potong barisan. Tapi ada budak lelaki daripada UiTM kos seni tolong coverkan untuk aku, dia suruh beratur depan dia. Gituwww.
Nak jalan ke bangunan temuduga tu agak jauh. Yasmeen sakit kaki sebab pakai kasut baru. Biasa lah kalau kau pakai kasut baru mesti sakit punya.
Jangan pakai kasut baru masa iv. Kalau kau ok kaki kau melecet. Bedal jelah.
Dah sampai bangunan temuduga tu kita kne sign list kehadiran lepastu baru masuk ruangan menunggu untuk ditemuduga. Masuk ruangan tu pun kne tandatangan lagi. Perrghhh belum lagi jumpa panel dan banyak saringan tandatangan. Dalam ruangan menunggu tu, nama kita akan dipanggil selepas kita daftar masuk tu. Jadinya dokumen dalam senarai semak dokumen temuduga tu mereka akan check satu-satu.
Dekat sini lah yang tak bestnya sebab kena marah. (sobsosbsob). Pagi-pagi sebelum temuduga kau kena marah. Kau rasa ? Kena marah sebab aku bagi transkrip kokurikulum dan bukannya sijil. Sijil aku letak sijil sekolah, kena reject. Dia nak sijil universiti. Siapa suruh tak aktif ? Tapi dia belek sijil-sijil aku, dia nampak ada dua sijil universiti. Aku kne fotostat sijil ni lepas temuduga.
Kesimpulannya, kau jangan bagi transkrip koko universiti. Sila sediakan sijil kokurikulum universiti. Sijil kokurikulum tau bukan sijil akademik.
Pukul 8.00 kiteorang dah masuk bilik temuduga. Bilik paling awal sekali masuk sebab sepatutnya mula 8.30. Dato Sufaat lah kata. Jadi Dato Sufaat minta izin kepada calon, boleh ke mula awal. Kalau tak boleh dato suruh keluar, 8.30 baru masuk. Tapi kiteorangkan power, so semua setuju. HAHAHA.
Panel kiteorang dua orang, seorang panel SPP dan seorang guru cemerlang, Puan Salbiah. Calon temuduga pula 4 lelaki 2 perempuan. 3 USM 3 UPSI. Mula-mula Dato Sufaat suruh perkenalkan diri lepastu tanya soalan random. Apa yang awak dah study?
Perghhh masa dia tanya apa yang awak study, aku dah blur. Aku pun tak tahu aku study apa. Sebab aku study sikit-sikit je. Aku just ingat elemen-elemen je. Aku dah mengucap panjang dok mikir nak cakap apa.
Dalam kepala otak nak cakaplah tentang elemen PAK21 yang 4C tu (Critical Thinking, Collaboration, Communication, Creativity). Sumpah blur. Sebab blur aku biar calon lain jawab sambil aku fikir nak sebut tentang apa.
Calon pertama sebut tentang PAK21. Calon kedua cakap tentang akses pendidikan. Calon kedua ni power, belanjawan 2020 pun dia masukkan. Calon Ketiga bandingkan KSSM dengan KBSM. Yasmeen (calon no 4) cakap tentang Kajian masa depan. Point ni power.
Jarang calon sebut pasal ni. Guru Cemerlang tu macam berminat nak dengar lebih lanjut. Tapi sebab nervous, si Meen ni mangkok pergi cakap pasal tayar. KAHKAHKAH. Nasib baik dia counter back balik cakap pasal wawasan 2020.
Tapi guru cemerlang tu ada bagi contoh soalan SPM yang merujuk kepada kajian masa depan iaitu Perang Dunia Ketiga. Contoh yang cikgu ni bagi lebih jelas bagi kes kajian masa depan. Murid perlu mengetahui fakta atau kandungan sejarah lampau untuk dimasukkan kedalam isu kajian masa hadapan.
Lepas Meen cakap, turn aku pulak sebab aku takut Farid (calon no 6) ambil point aku. Aku pun sebut lah sambil blur-blur yang aku nak sentuh isu elemen PAK21.
Sekali panel SPP cakap "saya nak yang lain".
PAK21 kawan awak dah sebut. Woiiiii jam woiiii. gilaaaa. berpeluh-peluh akuuu. Lepastu aku cakap jelah, hmm saya nak cakap tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aku cakap, aku berminat dengan perenggan nombor dua dalam FPK iaitu kesejahteraa diri. Kenapa dalam FPK kementerian tekankan kesejahteraan diri dulu baru memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat, dan negara.
Aku sentuh isu tentang depression. Depression ni akan jadi masalah nombor satu dunia dan juga Malaysia. Aku masukkan isu semasa yang budak sekolah rendah bunuh diri sebab banyak kerja sekolah.
Aku jujur gila masa ni. Aku cakap, kita...saya sendiri berpracticum sebab nak lulus. Kita tak ambil tahu pun tentang anak murid kita. Aku cakap yang kita sebenarnya tak boleh buat macam tu. Aku kata dah sebulan mengajar aku baru perasan rupanya ada yang buta huruf, ada yang tak fasih berbahasa Melayu.
Ada satu part ni, aku cakap pasal anak murid aku aku miskin. Makan sayur je. Fuhhhhh nak cakap tang dia makan sayur je, aku dah nagis.
Wehhhhh kau gila apa menangis masa interview. Tapi tulah, aku menangis masa interview. Aku cakap "saya berpracticum di bandar. Di tengah-tengah bandar. Setiap Jumaat cikgu bekalkan sekampit beras untuk anak murid".
Aku sentuh isu yang dekat dengan aku dan pengalaman aku. Jadinya aku boleh goreng sampai hangit, sampai menangis. Sampai sekarang aku dok terfikir apa kejadahnya lah menangis masa temuduga.
Lepastu calon terakhir (Farid) bercerita tentang aspirasi murid. Dia jelaskan elemen pengetahuan. Ni panel pun suka sebab dia cakap dia ada buat kertas kerja masa practicum bawa budak pergi Afamosa dengan buat seminar menjawab untuk murid tingkatan 2.
Lepas habis sesi soal jawab daripada wakil SPP, giliran guru cemerlang pula. Guru cemerlang punya soalan berantai. Mula-mula dia tanya kenapa awak nak jadi guru sejarah. Dua orang calon dapat jawab soalan ni.
Soalan kandungan sejarah bermulaaaa bila ada calon ni jawab sebab saya suka sejarah Malaysia. KAHKAHKAH. Terus dapat soalan sejarah.
Akhir sekali, Puan salbiah kata "Saya dah nampak barisan guru sejarah". Fuhhh rasa kembang kuncup masa ni. Puan tu kata lagi " Sebagai seorang guru sejarah awak tak boleh salah fakta". Sebab ada yang kiteorang salah fakta. Hmmm walaupun dah study, maklumat tu terus jadi samar-samar. Meen boleh jawab nama Tanah Melayu lepas merdeka adalah MALAYSIA. Punya terok dia punya blur. Aku pula salah bagi fakta jus soli.
Tamat.
Update : Alhamdulilah. Lulus temuduga pada 26.12.2019

hi atika, boleh share senarai awak bawa semasa temuduga dan persediaan awk seblum temuduga? Harap sangat awak dapat menjawab soalan saya.
ReplyDelete