Short Escape to Pangkor Island (2D1N)
| Masa nak on the way ke Teluk Nipah nampak tempat ni. |
Sebelum pergi kena siapkan dua perkara
i) Booking hotel
ii) Transportation
Booking hotel
Aku booking di Agoda. RM106, harga ni termasuk tax. tapi harga yang display kat web Agoda around RM 97 macam tu. Hotel yang aku booking ialah Hotel Nelayan.- Bandingkan harga hotel melalui aplikasi Agoda, booking.com and etc
- Harga yang ditunjukkan di web tak termasuk cukai lagi.
- Harga diweb hotel sendiri lagi mahal berbanding harga di Agoda etc
Bajet RM 53/per person
Transportation
Kami menggunakan bas daripada TBS. Check jadual bas pergi dan balik. Kemudian rancang akan naik boat pukul berapa. Rancang perjalanan pergi dan balik. Kami punya perjalanan pergi dalam pukul 0820 dan sampai around 1230 PM. Boleh naik boat dalam jam 1245 keatas. Balik pula kami check out dalam 1100. Naik boat jam 1230.
- Beli tiket bas pergi dan balik. Kalau kau jenis macam lalang sekejap nak duduk 2H1M sekejap nak 3H 2M. Tak payah beli tiket balik.
- Masa nak balik tu pastikan keluar awal atau pandai-pandai bajet masa untuk kau dapat naik bas balik.
- Tiket bas dibeli secara online. Print hardcopy.
Transnational - https://transnasional.com.my/a-search.php .
Bajet RM54.20/ per person (return)
*** Ni aku tulis masa belum pergi Pulau Pangkor. Tu nampak macam kemas gila merancang. Realitinya di bawah ini.
*** Ni aku tulis masa belum pergi Pulau Pangkor. Tu nampak macam kemas gila merancang. Realitinya di bawah ini.
Our Trip
KAHKAHKAHKAH, baru nak pergi dah ada masalah. Patutlah malam sebelum pergi tu rasa macam risau je. Ropenya bas tak ada. Transnational problem. Dia buka tiket dalam sistem tapi bas tak ada. Jenuh lah awek TBS tu scan nak printkan tiket fizikal. Rupanya bas tak ada. Kiteorang dapat refund dan TBS cari bas yang kosong untuk 2 orang. Jadinya dari pukul 0820 bas yang sepatutnya kiteorang naik, kiteorang kne tukar bas Plusliner pukul 0930.
Tips: Better beli tiket fizikal. Tak pun call lah kaunter dulu sebelum beli. Kalau tak sia-sia je macam kiteorang 1 jam buang masa. Itu pun bernasib baik ada bas kosong. Kalau tak ada ?
Dah lega naik bas Plusliner, aku tak sangka pula bas ni naik sampai ke Gopeng berhenti Batu Gajah, Seri Iskandar, Manjung baru Lumut. Lama weh dari 0930 sampai 1530 baru sampai stesen bas Lumut. Macam dah pergi ke Gerik je gamaknya.
Sebab waktu pergi tadi dah ada masalah dengan Transnational, jadinya bila sampai Lumut aku terus pergi kaunter bas tanya untuk bas balik esok. Kakak tu kata, mana ada bas dik. Ppppffttt. Apakah? Jadinya kakak tu suruh minta refund kat Transnational. Aku dah call, tak ada orang angkat. Last sekali aku email je. Aku beli Arwana siap-siap untuk balik. Aku ambik tiket pukul 1500. RM 27.10.
Jeti
| Harga tiket Disember 2019. |
Waktu kiteorang tengah sibuk-sibuk nak beli tiket ni, ada kakak ni tanya pasal sewa moto. Dia cakap awak nak naik apa pergi sana? Dia tanya duduk hotel mana. Bila bagi tahu yang kiteorang duduk Pasir Bogak, dia bagi tahu rate van pink. Dalam 20 ringgit. Pergi balik dah 40 ringgit. Dia kata sewa lah motor. Sehari RM 40 je. Aku memang ada buat research sebelum ni yang sewa motor sana RM30 je. Tapi, aku ingat dah naik kot RM40. Sebab RM 30 tu tak tahu daripada tahun bila. Jadi aku syak dah naik harga. Aku suruh Sha settle kan sewa motor dan aku beratur beli tiket feri.
Jengggg jengggg jengggg, sekali akak kaunter terminal feri tu tanya dah sewa motor ke ? Kalau nak sewa RM30 je. KAHKAHKAH. Haram jadahhh. Rugi RM10.
Jengggg jengggg jengggg, sekali akak kaunter terminal feri tu tanya dah sewa motor ke ? Kalau nak sewa RM30 je. KAHKAHKAH. Haram jadahhh. Rugi RM10.
| Jeti ke Pulau Pangkor. |
Waktu beli tiket nanti tanya kakak kaunter tu kau kena berhenti jeti nombor berapa. Hotel kami kat Pasir Bogak, jadinya kami berhenti jati nombor dua. Feri ni berhenti kat dua jati je.
Check in Hotel
Sampai je Pangkor, kiteorang dapatkan motor. Motor boleh pilih. Korang pilihlah elok-elok sampai puas. Dah pilih motor kiteorang isi minyak RM5. Lepastu cari hotel.
Jadinya, inilah bilik kami. Selesa + murah ! Ada hair dryer, iron kat luar dan water heater untuk mandi. Tandasnya seperti gambar rajah di atas. Cermin. HAHAHA. Tapi tak nampak pun kalau kau kat dalam. Kalau nak hotel murah sikit kau duduk selain daripada kawasan Teluk Nipah.
Lapar Nak Makan!
Kiteorang pergi Teluk Nipah cari makanan. Makkk ai waktu ni, baru tahu yang skuter kiteorang jenis semput. Dia punya nak naik bukit tu, kura-kura pun sampai dulu. Okey, tak ada lah teruk sampai macam tu. Tapi okey lah, sebab skuter tu semput kiteorang bawa sambil gelak-gelak. Kat Teluk Nipah ni berlambak makanan. Ohhh, masa balik ni kiteorang jumpa babi hutan besar macam beruang. Kalau korang nak jalan-jalan malam dan lalu kawasan hutan tu, hati-hati sikit. Takut kne sondol. Babi ni keluar sebab dia lapar.
| Tak ada lah sendu macam ni. Aku je yang salah ambil angle. Tapi ni area Teluk Nipah. |
| Yummmm, aku nak beli sebenarnya. Tapi keyang baru lepas makan Nasi Pataya. |
Pakej Snorkeling
Lepas makan, kiteorang cari pakej snorkeling. Kiteorang pergi survey 2-3 orang yang tawarkan pakej. Kiteorang ambil pakej daripada Abang Hafiz ni, 2 orang RM50. Dapat pusing-pusing pulau dengan snorkeling. Dapat roti untuk bagi ikan makan. Pakej abang ni yang paling murah kiteorang dapat. Kalau nak pergi Pulau Pangkor contact lah diorang tanya pakej. Nak sewa motor boleh rojer 2 orang kat bawah ni. Abang Hafiz dengan Pakcik Non. Aku tak ambik pakej Pakcik Non ni sebab pakej dia RM60 untuk 2 orang. Tapi Pakcik Non ni ada cakap kalau nak sewa motor boleh rojer dia. Member dia ada buat sewa motor. Nak stay Teluk Nipah boleh roger diorang.
| Abang Hafiz |
| Pakcik Non. |
Hari Kedua
Semalam Abang Hafiz kata 0830 boleh turun. Kiteorang pukul 7 dah keluar cari sarapan. Kalau nak sarapan, boleh lepak kedai pakcik ni kat Teluk Nipah. Boleh bagi burung makan. Burung ni jinak. Dalam pukul 0800 tu kiteorang dah habis sarapan dan terus pergi ke kedai Abang Hafiz. Kebetulan Abang Hafiz ni pun ada, jadi dia terus roger member dia bawa kiteorang pergi snorkeling + bagi ikan makan. 0930 kiteorang call suruh pick up untuk ronda pulau. 1030 kiteroang dah habiskan semua aktiviti pantai. Balik hotel dan siap-siap untuk balik. Aku tak tangkap gambar sangat waktu snorkeling dengan pusing pulau sebab mabuk laut.
Kalau kau jenis mabuk laut atau motion sickness macam aku, kau jangan makan keyang-keyang waktu sarapan. Masa aku pergi Tioman haritu, aku siap melantak nasi lemak. Jadinya waktu tengah snorkeling tu aku muntah. Yang bagusnya, waktu muntah tu, ikan datang beramai-ramai makan muntah kau. Eeeeeeee yekkkk! Hahahah!
Balik
Pukul 12 kiteorang dah check out. Makan maggie kejap kat lobi hotel lepastu gerak terus pergi jeti. Waktu nak naik feri balik ni dia mintak balik tiket waktu kita datang sini. Nasib baik tak buang. Kiteorang sampai terminal bas Lumut awal dalam 1340 dan bas kiteorang pukul 1500. Tanya kaunter Arwana boleh tukar tak tiket pukul 2 ? Dia kata tak boleh. So melepak jelah sampai pukul 1500. Sampai KL dalam 2030.
| Ni kiteorang melepak waktu malam. Mengantuk-mengantuk nak tidur manaaaaa... |
| Makanan yang ada di lobi. Tapi kat sebelah hotel ni ada 7E. |
| Jadual bas Awana dari Lumut |
Tips for Dummies
- Beli tiket bas fizikal kalau nak beli online pastikan call untuk confirmkan jadual bas
- Kalau pergi Pulau Pangkor bukan waktu puncak boleh la beli tiket balik bila kau dah sampai terminal Lumut. Tak perlu beli awal kalau taknak menunggu lama.
- Menginap area Teluk Nipah. Tapi kalau kau jenis yang suka ketenangan boleh lah book Hotel Nelayan. Teluk Nipah ni meriah, memang pantai terus. Tak payah jalan kaki macam kat Hotel Nelayan ni.
- Sewa motor. Bandingkan harga dulu. Kalau ada orang datang tawarkan pakej, kau cakap dengan dia tak apa, saya nak survey dulu.
- Bila dapat motor tu check dulu sampai kau puas hati.
- Makanan sini standard pulau. Nasi Pataya RM7. Tapi ok lah, aku pergi Tioman haritu nasi goreng seafood kena RM12. HAHAHA.
- Snorkeling ni kne tengok waktu. Ada bulan yang pagi air pasang. Ada waktu yang pagi air surut. Aku pergi ni waktu air surut. Waktu surut ni yang tak bestnya kau senang terpijak batu karang. Tapi aku alhamdulillah tak terpijak langsung. Tu lah apa-apa hal kau kne roger Abang Hafiz tu, tanya dia musim kau nak pergi tu air pasang ke surut. Kalau surut tu memang surut betul sampai kau boleh pergi pulau lain jalan kaki
- Simpan tiket feri, balik nak guna untuk validation.
- Bajet kat sini,
- Bas = RM 54.2 (Return)
- Hotel = RM 53 (Per person)
- Feri = RM 14 (Return)
- Snorkeling = RM25 (Per person)
- Makan = Krik krik krik
= Rm 146.2
Comments
Post a Comment