Pemeriksaan Mata Percuma
Tajuk tricky gila "Pemeriksaan Mata Percuma" tapi sebenarnya ada juga pembayaran iaitu untuk pendaftaran sahaja RM5. Pemeriksaan mata percuma ni di Klinik Optometrik UKM, Kuala Lumpur.
Aku pergi check mata dekat klinik sebab kadang-kadang mata aku macam nampak gelap nak pitam tapi bukan nak pitam. Kerap sangat jadi. Haritu ada juga call KPJ Tawakal untuk check mata. Tapi tak set appointmen sebab tak ada masa.
Jenis pemeriksaan mata yang ada.
1. Primary eye careIsnin, Selasa &Khamis (8.30 Pagi 1.00 Tengahari)
(2 Petang - 5 Petang)
2. Contact Lenses
Isnin ( 2.00 Petang - 4.30 Petang)
Khamis dan Jumaat (8.30 Pagi - 1.00 Tengahari)
3. Binocular Vision
Selasa (8.30 Pagi - 1 Tengahari)
4.Paediatric
Rabu (8.30 Pagi - 1 Tengahari)
5. Low Vision
Khamis (8.30 Pagi - 1 Tengahari)
Panjang proses check mata ni, lebih kurang 2 jam dan yang check tu adalah pelajar tahun akhir. Mereka akan diselia oleh pensyarah yang bertugas. Slip power mata tidak akan diberikan. Tapi request lah kau nak tengok power kau berapa.
Untuk pemeriksaan kanta lekap. Selepas pemeriksaan, sepasang kanta lekap secara percuma untuk trial akan diberikan sekiranya mempunyai stok. Kalau macam aku, aku kena datang balik sebelum sebulan untuk check side effect kanta lekap tu. Adakah mata aku kering ke ? Masa pakai pening ke ?
Kanta lekap yang dicadangkan untuk aku pakai adalah berharga lebih kurang RM 200 dan disebabkan power mata aku sebelah lain, sebelah lain. Jadinya kena beli dua kotak yang dalamnya ada 6 keping. So untuk 6 bulanlah. Berharga RM400. KAHKAHAK. Memang tak lah woi, aku baru buat spek mata harga RM470.
Pelajar tahun akhir ni memerlukan klien untuk mereka mahir dengan pemeriksaan mata. Jadi datanglah check mata sebab benda ni free.
Cara untuk pergi ke Klinik Optometrik UKM, KL
Aku guna monorel. Berhenti di Chow Kit. Keluar monorel bahagian gate B dan jalan terus ke hadapan. Nanti akan nampak bus stop dan bangunan UUM. Klinik tu bertentangan bangunan UUM. 5 minit je jalan kaki daripada monorel ke klinik. Kalau merangkak mungkin 20 minit. Hmmm (Hambar)
61, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Operasi : 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang
No Telefon: 03-92897499
Comments
Post a Comment