Posts

Aktiviti PdPc sewaktu PKPP

Image
Aku dapat mengajar 6 masa iaitu bersamaan 3 kali perjumpaan seminggu. Tapi mentor aku akan masuk 2 masa untuk mengajar. Jadi aku hanya akan jumpa anak murid aku 2 kali seminggu. Aku dapat mengajar 1 kelas je. Mungkin selepas 15 Julai ni semua murid dah masuk sekolah aku akan mengajar kelas dengan lebih banyak lagi.  Kelas yang aku dapat ni antara yang lemah. Jadi aku merasakan bahawa perlu ada aktiviti untuk mereka. Susah juga nak buat aktiviti PAK21 waktu covid ni. Risau melanggar SOP KPM. Jadi apa yang aku buat adalah... Ini aktiviti untuk tingkatan 5 yang masih lagi menggunakan KBSM , tajuk Sistem Ahli . Kelas yang aku mengajar ni tak ramai, 9 orang sahaja. Pelajar akan pakai tagging yang dicatatkan  nama setiap ahli di dalam sistem ahli dan satu portfolio. Seterusnya, aku akan terangkan ciri-ciri sistem ahli serta proses pelaksanaan Sistem Ahli sementara pelajar memakai tagging tersebut. Kesimpulannya, pelajar dapat mengaitkan diri dan merasai bahawa mereka adalah ahli di dalam si

Bab 2 : Perdagangan dan Politik

Kerajaan : Perdagangan dan Politik Kebanyakan raja-raja Melayu memonopoli aktiviti perdagangan sebagai satu sumber pendapatan yang secara tidak langsung telah mempengaruhi lanskap politik di negeri masing-masing. Temenggong Ibrahim misalannya telah membangunkan sebuah empayar melalui penguasaannya terhadap getah percha dengan memastikan bahawa beliau mendapat keuntungan yang besar daripada komoditi tersebut. Getah percha telah dijadikan sebagai bahan perubatan pada tahun 1843. Lanjutan daripada tindakan tersebut, beliau telah berjaya mewujudkan sebuah Kesultanan Johor yang baru bersama anaknya Abu Bakar.  Walau bagaimanapun, aktiviti monopoli merupakan salah satu cara pemerintah di Alam Melayu mengukuhkan ekonomi berdasarkan keperluan semasa yang berubah-ubah. Misalnya, Sultan Kelantan mengutuskan surat penjelasan kepada british berkaitan monopoli perdagangan benang kapas sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan negeri dan sekiranya perkara tersebut tidak berhasil maka kerj

Diagnose with Ovarian Cyst

Image
Diagnosis Pertama (Klinik) Yuppp, ovarian cyst. Tiba-tiba kaki rasa sejuk nak cerita pasal cyst ni. Long story short. Aku dapat tahu aku ada ovarian cyst 19 Februari 2020 dengan saiz yang agak besar iaitu 6cm x 5cm. Masa 19 hari bulan ni aku sakit perut. Sakit yang aku familiar. Rasa sharp pain dan senak di bahagian kiri pinggang. Kebetulan aku bekerja di Pejabat Kesihatan sebagai PSH. Jadi aku jumpa salah seorang dr. Aku cakap apa yang aku sakit. Dr tanya, 'kencing awak okey ?' 'Awak ada buat senaman baru-baru ni?' Dr tanya pasal kencing ok ke tak tu sebab kalau kencing kotor memang ada symptom macam aku. Aku cakap, tak ada dan aku bagitahu yang sakit ni aku rasa hampir 6 tahun. Rasa sakit yang sama setiap tahun. Cuma kekerapannya aku tak pasti. Mungkin dalam 4 hingga 5 kali setahun. Tapi aku memang cam sakit ni. Dr tu namanya Dr Farhana. Dr Farhana suruh buat ultrasound.  Mula-mula aku taknak buat sebab aku rasa sakit perut tu biasa lah kot. Selalu je sakit p

Bekalan Beras Negara Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Image
Aku Tweet maklumat yang kurang tepat mengenai bekalan beras negara dan aku berasa bertanggungjawab untuk membetulkan kembali. Bila aku cari balik root kepada maklumat ni, ayat asalnya adalah "bekalan beras di pasaran SEHARUSNYA bertahan selama 3 bulan atau sekurang-kurangnya sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bekalan makanan perlu terus ditambah agar dapat bertahan selama 6 bulan dan setahun akan datang berikutan ramalan kemelesetan ekonomi selepas pandemik. Dianggarkan bahawa seorang rakyat Malaysia akan menggunakan sekurang-kurangnya 73kg sehingga 83kg beras setahun. Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan bahawa bekalan makanan negara kita berada ditahap yang membimbangkan kerana tidak melepasi tahap sara diri beras (SSL) 100%. Negara kita hanya mensasarkan SSL sebanyak 75% sehingga 80% pada ketika ini. Jika SSL kurang daripada 100% ia menunjukkan bahawa bekalan makanan negara tidak dapat memenuhi keperluan domestik. Walau bagaimanapun, Padiberas National

Bagi Gelandangan Makan

Image
Aku sebenarnya suka aktiviti sukarelawan ni tapi selalu tak kena masa dengan ada kekangan lain. Tapi kali ni aku dapat join dapurpasak bagi gelandangan makan dekat area Segi College, Masjid India. Kib lah yang post dekat twitter  pasal dapurpasak ni mengalukan sukarelawan.  Time nak pergi ni rasa berbelah bagi, sama ada nak pergi ke tidak sebab aktiviti ni dibuat Selasa malam dalam pukul 9.30. Aku dahhh 'aduuhhh, esok kerja ni. Mesti balik lambat'. Memang rasa berkira nak pergi sebab aku malas nak drive. Takut nanti  balik rumah tak ada parking. Jadi aku massage adik aku, Aman. Tanya dia boleh hantar aku pergi Masjid India tak ? Dia tak janji sebab tak tahu balik kerja pukul berapa, jalan jam. Kalau sampai rumah pukul 9 malam boleh la kot nak hantar. Lagi lah aku berbelah bagi nak pergi ke tidak sebab tak ada orang nak hantar.  Tapi niat jelah dalam hati semoga dipermudahkan urusan. Aman dapat balik pukul 9 malam. Dalam 9.20 Aman hantar aku ke kawasan Segi Colle

Graduan ISM Sailang Peluang Penempatan Graduan ISMP

Image
Isu graduan Ijazah Sarjana Muda (ISM) mengisi penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) berlaku di atas autoriti pihak yang menguruskan hal-hal berkaitan penempatan guru dan bukan atas kapasiti seseorang graduan itu adalah ISM ataupun ISMP. Walau bagaimanapun, reaksi graduan ISM terhadap desakan penempatan oleh graduan ISMP dilihat berlebihan serta tidak memahami isu pokok yang mana sijil graduan ISMP itu sendiri menjadi halangan besar kepada graduan pendidikan untuk mendapatkan pekerjaan  kerana para majikan melihat bahawa graduan pendidikan cenderung untuk menunggu panggilan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP) daripada terus bekerja secara tetap dan setia kerana jaminan pekerjaan itu sendiri menjadi faktor utama. Meskipun memahami serta akur terhadap syarat pengambilan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang mensyaratkan bahawa kursus serta bidang ini tidak menjanjikan penempatan. Namun keperluan  terhadap pengambilan guru itu sendiri memberi

Pembayaran Kembali PTPTN

Image
Aku tengah high lepas minum coffee. Jadi aku rasa nak menaip sesuatu dan dapatlah idea nak tulis tentang pembayaran kembali PTPTN. Aku habis belajar bulan Julai 2018 dan bergraduasi pada 30 Oktober 2018. Aku dah mula bayar PTPTN bulan November 2018. Ada kesedaran selepas aku call PTPTN tanya tentang pembayaran kembali macam mana. Dia tanya aku graduasi bulan berapa ? Bila aku cakap bulan Oktober, dia kata pembayaran PTPTN akan bermula September 2019. Tapi dia kata nak bayar sekarang pun boleh dan tak perlu tunggu surat daripada PTPTN.  Kelebihan kalau kita bayar awal dulu sebelum tarikh/bulan yang sepatutnya adalah kau akan bayar hutang/ duit yang kau pinjam sahaja. Interest tidak akan dikira lagi masa ini. Interest atau kadar faedah akan dikira pada bulan ke 13. Pada bulan ke 13 ni, kadar faedah akan dikira mengikut jumlah terakhir yang ada pada akaun kita. Tak adalah untung banyak tapi boleh lah untuk kurangkan sakit hati nak bayar bunga tu. Aku tak bayar banyak