Pembayaran Kembali PTPTN



Aku tengah high lepas minum coffee. Jadi aku rasa nak menaip sesuatu dan dapatlah idea nak tulis tentang pembayaran kembali PTPTN. Aku habis belajar bulan Julai 2018 dan bergraduasi pada 30 Oktober 2018. Aku dah mula bayar PTPTN bulan November 2018. Ada kesedaran selepas aku call PTPTN tanya tentang pembayaran kembali macam mana. Dia tanya aku graduasi bulan berapa ? Bila aku cakap bulan Oktober, dia kata pembayaran PTPTN akan bermula September 2019. Tapi dia kata nak bayar sekarang pun boleh dan tak perlu tunggu surat daripada PTPTN. 

Kelebihan kalau kita bayar awal dulu sebelum tarikh/bulan yang sepatutnya adalah kau akan bayar hutang/ duit yang kau pinjam sahaja. Interest tidak akan dikira lagi masa ini. Interest atau kadar faedah akan dikira pada bulan ke 13. Pada bulan ke 13 ni, kadar faedah akan dikira mengikut jumlah terakhir yang ada pada akaun kita. Tak adalah untung banyak tapi boleh lah untuk kurangkan sakit hati nak bayar bunga tu. Aku tak bayar banyak pun. Kadang-kadang RM50. Kadang-kadang RM100. Aku pernah menganggur 2 bulan jadi aku ada bayar RM20 je sebab gigih nak kurangkan nilai pinjaman sebelum kadar faedah dikenakan. 

Selepas kadar faedah dikenakan, aku konsisten bayar RM200 walaupun bayaran yang harus dibayar adalah RM162+. Aku baca web PTPTN, tarikh yang sepatutnya kita bayar adalah pada 27 haribulan untuk memastikan akaun kita dikemaskini pada bulan semasa. Tapi sebab gaji aku masuk bulan yang seterusnya, aku tak dapat nak bayar tarikh tu. Cara pembayaran pula, aku guna FPX di web PTPTN atau maybank2u 


Bayaran boleh adjust nak bayar berapa. Lepastu boleh tekan bayar. Ni ada di web PTPTN


Cara bayaran di maybank2u


Aku cadangkan habiskan bayaran PTPTN cepat untuk cut jumlah bunga. Lagi kau lambat bayar, lagi tinggi bunga. Tapi bergantung kepada komitmen masing-masing. Mungkin ada yang dah berkeluarga dan perlu guna duit. Jadi terpulang. Di web PTPTN ada calculator Ujrah. Dekat situ boleh bajet lah berapa tahun nak habiskan pembayaran dan sistem akan generate berapa ringgit yang kau kena bayar sebulan.


Comments

Popular posts from this blog

Menangis Masa Temuduga DG41

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu - Syed Muhammad Naguib Al-Attas

Bagi Gelandangan Makan