Diagnose with Ovarian Cyst


Diagnosis Pertama (Klinik)

Yuppp, ovarian cyst. Tiba-tiba kaki rasa sejuk nak cerita pasal cyst ni. Long story short. Aku dapat tahu aku ada ovarian cyst 19 Februari 2020 dengan saiz yang agak besar iaitu 6cm x 5cm. Masa 19 hari bulan ni aku sakit perut. Sakit yang aku familiar. Rasa sharp pain dan senak di bahagian kiri pinggang. Kebetulan aku bekerja di Pejabat Kesihatan sebagai PSH. Jadi aku jumpa salah seorang dr. Aku cakap apa yang aku sakit. Dr tanya, 'kencing awak okey ?' 'Awak ada buat senaman baru-baru ni?' Dr tanya pasal kencing ok ke tak tu sebab kalau kencing kotor memang ada symptom macam aku. Aku cakap, tak ada dan aku bagitahu yang sakit ni aku rasa hampir 6 tahun. Rasa sakit yang sama setiap tahun. Cuma kekerapannya aku tak pasti. Mungkin dalam 4 hingga 5 kali setahun. Tapi aku memang cam sakit ni. Dr tu namanya Dr Farhana. Dr Farhana suruh buat ultrasound. 

Mula-mula aku taknak buat sebab aku rasa sakit perut tu biasa lah kot. Selalu je sakit perut.  Normal lah sakit perutkan ? Tapi aku buat juga. Aku contact Dr Akmal. Tanya dr kalau dr ada akses untuk buat ultrasound di klinik sebab dr duduk di bahagian pentadbiran. Dr Akmal kata boleh tolong. Dalam pukul 11 pagi macam tu aku buat ultrasound. Ayat pertama yang keluar 'besar ni...' (hmmm...jap, member rasa nak menangis). Aku tak terfikir pun cyst masa ni. Aku tanya dr apa yang besar. Dr tunjuk screen ultrasound. 'Awak ada cyst ni rasanya, besar'. Dr Akmal tulis refer letter ke HKL. Lepas settle semua ni aku naik pejabat balik. Termenung. Aku tertanya-tanya macam mana aku boleh ada cyst. 

Ultrasound KKIA

Diagnosis Kedua (HKL)

20 februari 2020 aku pergi HKL bawa refer letter. Nurse bagi aku tarikh appointment, 18 Mac 2020. Jadi aku pergi HKL lagi sekali, 18 mac 2020 ni hari pertama Malaysia dikenakan PKP disebabkan Covid-19. Kali kedua buat ultrasound, aku dapat actual size ovarian cyst (6.17cm x 5.9cm). Aku tak pasti sama ada makin membesar atau tidak sebab masa buat ultrasound pertama di klinik tu tak secanggih ultrasound hospital. Dr kata ada satu cyst je, bukan dua macam yang Dr Akmal nampak. Aku dah lega. Dr buat appointment lagi bulan lapan. 7 Ogos 2020 aku ada appointment kali kedua untuk tengok sama ada cyst aku makin mengecut atau membesar. Dr kata kalau membesar sehingga 10 cm baru ada minor surgery. Minor surgery hanya tebuk 3 lubang di bahagian perut je. Tapi kalau cyst aku pecah, dr kne buat major surgery. Potong memanjang bahagian abs untuk cuci air cyst yang pecah tu. Cyst aku cuma air, jadinya boleh chill. Ada sesetengah orang dalam cyst ada rambut, gigit etc

Ultrasound O&G HKL

Symptom 

1. Period pain. Seingat aku, aku tak pernah rasa period pain sampailah aku tingkatan 5. Masa tingkatan 5 ni, pertama kali aku rasa period pain yang kerap. Mungkin sebelum ni ada cuma tak sekerap masa dan selepas tingkatan 5. Masa first year degree (2014), aku rasa period pain yang paling sakit. Aku tak boleh berjalan, aku merangkak. Sakit yang sakit sangat. Eeee sakitlah. Seharian aku tidur(ni aktiviti biasa perempuan kalau period pain).

2. Period lama. Lepas tingkatan 5, period aku start lambat habis. Sebelum ni 7 hari je lepastu dah boleh solat. Lepas tingkatan 5 aku period 11-15 hari. Lama lah. Aku period awal dengan akhir bulan. Aku cuma ada 2 minggu plus je nak solat ke, nak puasa, nak mengaji etc. Tapi boleh je baca al maksurat. Huhuhu.

3. Sakit bahagian pinggang. Ni sakit yang sharp pain macam aku cakap tu. Kadang-kadang rasa sakit sebelum atau selepas period. Jarang semasa period. Sakit nilah yang aku cam sampai aku tanya Dr Farhana. Sebenarnya, sebelum aku tanya Dr Farhana, aku dah tanya 2 orang sepupu aku yang masing-masing HO kat Hospital Tawau dan Hospital Seberang Prai. Soalan yang sama macam Dr Farhana tanya dekat aku, sepupu aku tanya. Masa tu aku chill jelah sebab sepupu aku cakap mungkin sebab sembelit. Kahkahkahakah. Tapi diorg ada juga suruh buat ultrasound. Tapi aku taknak. Sebab kalau nanti ada apa-apa, aku kena extend semester. AKU TAK NAK!

4. Cirit birit. Ni sebab cyst aku dah besar sangat kot. 15 Februari 2020 (Sabtu) sepupu aku ada buat housewarming. Ahad tu ada cherry berry. Aku pelik sebab aku sorang je yang kena. Orang lain tak kena. Dah lah cherry berry lepas tu perut aku berbunyi macam nak cherry berry tapi tak cherry berry. Situasinya macam kau minum coffee, lepastu perut kau ada berbunyikan nak membuang ? Situasi aku macam tu tapi aku tak membuang. Bunyi je. Aku tanya sepupu aku. Sepupu aku kata mungkin sebab cyst tu dah besar, benda tu berlaga dengan usus. Itulah andaian yang paling logik setakat ni. Aku rasa macam ni hampir seminggu lebih. Last-last makan ubat. 

5. Sesak nafas. Aku ada rasa sesak nafas. Seminggu. Aku tanya sepupu aku yang kerja dekat Hospital Termeloh. Kak Ina dr pakar sakit puan dekat sana. Kak Ina kata sepatutnya saiz cyst aku yang macam tu tak mengganggu saluran pernafasan. Tapi sepupu aku yang lagi sorang kata boleh jadi disebabkan cyst tu. Kesimpulannya, sebenarnya cyst boleh buat kau rasa sesak nafas tapi bergantung pada saiz. Aku rasa aku sesak nafas sebab stress.  

***Perubahan secara mendadak kitaran haid seperti tidak datang haid secara tiba-tiba dalam jangka masa yang panjang sila berjumpa dengan doktor. Tanda-tanda masalah sakit puan.

Mental Health

Lepas aku tahu aku ada cyst, aku stress. Hormon tak stabil. Muka naik jerawat yang banyak gila dan tak berhenti-henti keluar jerawat baru. Aku jadi pendiam. Aku menangis tiap malam. Kalau aku terfikir pasal cyst ni aku mesti menangis sebab aku takut fallopian tiub aku kena potong. Tiub ni kalau dua-dua kne potong memang tak mengandung lah ceritanya. Aku takut aku kne buat major surgery. Bila major surgery akan ada parut yang memanjang kat badan. Seminggu juga aku terciduk. Stress. Sekarang aku dah okey. Kadang-kadang je terciduk kalau tak boleh tidur malam mula lah fikir bukan-bukan sebab family history banyak kanser bahagian perut. Benda tak serius pun sebenarnya tapi betul-betul kacau emosi. Sumpah emo teruk. Sebab tu kalau ada family kau yang sakit walaupun sebenarnya tak serius  kau kne bagi juga semangat sebab once dia tahu dia unfit atau sakit sebenarnya dia dah down. 

Follow Up Kali Kedua (HKL) - 6 bulan selepas follow up pertama

Nurse scan, kata 7cm. Masuk bilik doktor, doktor tak puas hati. Doktor buat ultrasound lagi sekali. Dapat lah saiz 6.53 cm x 5.09 cm. Aku pun tak pasti saiz yang mana satu betul. Tapi yang pasti doktor kata "awak ada dua cyst, kiri dan kanan". Haritu kata satu, hari ni dua pulak. Tak kisah lah sebab yang satu lagi tu kecik je 2cm x 2cm, yang penting doktor kata result darah aku okey. Bukan kanser. Cumanya doktor ada offer nak buat minor surgery. Aku cakap taknak lagi, tunggu lagi sekali punya follow up kalau membesar lagi aku nak buat minor surgery. 

Comments

Popular posts from this blog

Menangis Masa Temuduga DG41

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu - Syed Muhammad Naguib Al-Attas

Bagi Gelandangan Makan